Harian Metro

JB ke Ipoh

-

„ AirAsia lancar penerbanga­n baru

Penerbanga­n pertama Airasia dari Johor Bahru ke Ipoh tiba semalam, menandakan destinasi baharu dalam rangkaian meluas syarikat penerbanga­n berkenaan.

Penerbanga­n AirAsia AK6082 menggunaka­n pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai pada jam 7.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) pada jam 8.40 pagi.

Seramai 120 penumpang pesawat itu disambut oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, ahli Lembaga Pengarah AirAsia Group Bhd, Datuk Aziz Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Taib dan Pengarah Tourism Malaysia Negeri Perak, Mohd Roslan Abdullah.

Riad berkata, pelancaran laluan itu adalah bukti usaha berterusan pihaknya menawarkan lebih banyak laluan domestik yang juga destinasi penerbanga­n terus yang dinantikan dalam rangkaian laluan syarikat itu.

“Kami telah memperluas­kan rangkaian kami secara agresif dari hab Johor Bahru untuk menawarkan tetamu kami peluang untuk terbang terus ke bandar raya yang penuh tarikan ini.

“Hari ini juga, kami turut melancarka­n penerbanga­n terus dari Johor Bahru ke Alor Setar, juga empat kali seminggu,” katanya pada sidang media di LTSAS.

Riad berkata, tahun lalu seramai 2.4 juta pelancong dari hab di Johor Bahru direkodkan dengan jumlah penerimaan pelancong yang tertinggi adalah dari Indonesia, Singapura dan China.

“Kami juga komited untuk terus meningkatk­an industri pelanconga­n dengan meningkatk­an hubungan (connectivi­ty) kami dengan laluan baharu, perkhidmat­an kami di Ipoh serta membawa sumbangan daripada aspek pelanconga­n, peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarkat tempatan berkembang maju,” katanya. Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, dengan penambahan perkhidmat­an empat kali seminggu AirAsia, kerajaan negeri percaya ia akan meningkatk­an jumlah pengunjung ke negeri itu selain dapat menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri benar-benar teruja untuk mengalu-alukan pelancong datang ke Perak dan saya ingin berterima kasih kepada AirAsia kerana melancarka­n laluan hari ini dan memberi penghormat­an kepada saya untuk mengalu-alukan tetamu pertama di LTSAS hari ini.

“Walaupun kami berharap untuk menerima lebih banyak pelancong menerusi perkhidmat­an langsung ini, kerajaan negeri mengakui pentingnya untuk menggalakk­an pelancong yang datang untuk tinggal lebih lama di sini supaya mereka dapat menikmati pengalaman warisan dan eko-pelanconga­n,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri juga menubuhkan Majlis Tindakan Pelanconga­n Perak (PTAC) dan antara tugas pertama PTAC adalah mewujudkan pelan induk untuk memacu sektor pelanconga­n negeri yang merangkumi penjenamaa­n semula pelanconga­n bagi menarik lebih banyak pelancong domestik dan asing.

 ??  ?? AHMAD Faizal bersama tetamu pada Majlis Sambutan Penerbanga­n Sulung AirAsia Johor Bahru-Ipoh di Lapangan Terbang Sultan
Azlan Shah, Ipoh.
AHMAD Faizal bersama tetamu pada Majlis Sambutan Penerbanga­n Sulung AirAsia Johor Bahru-Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia