Harian Metro

Umpan roti sebelum cabul

-

Jakarta: Roti lebih dijadikan sebagai umpan oleh penjual yang mengaku mencabul enam murid sekolah rendah selepas ditahan polis di Padang, Indonesia.

Tribune News melaporkan, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada Khamis lalu selepas pihak sekolah menerima laporan kejadian itu daripada penjaga.

Ketua Polis Padang, Komisaris Besar Polis Yulmar Tri Himawan berkata, dia ditahan ketika menjual roti kepada murid sekolah.

“Suspek ditangkap Khamis lalu dan kesnya kini dalam proses. Kita syaki mangsanya enam orang.

“Semua menjadi mangsa di tempat biasa suspek menjual roti. Empat mangsa murid perempuan,” katanya.

Berdasarka­n laporan polis, suspek meminta mangsa duduk di sebelahnya ketika membeli roti selain memberikan roti lebih sebagai bonus kepada kanak-kanak terbabit sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh.

Dia didakwa turut memeluk mangsa sebelum kejadian itu diketahui penjaga yang melaporkan kepada pihak sekolah.

Penjual roti terbabit dipanggil dan disiasat pihak sekolah namun dia menafikan melakukan perkara itu.

Pihak sekolah mengambil tindakan lanjut dengan memanggil pihak polis sebelum dia dibawa ke balai polis.

“Pada mulanya dia menafikann­ya tetapi dia akhirnya mengaku selepas kejadian dilaporkan kepada polis. Dia kemudian dibawa ke ibu pejabat polis,” kata Yulmar.

Menurutnya, suspek mengaku mencabul semua enam mangsa walaupun pada mulanya dia hanya mengaku melakukan perbuatan itu kepada seorang murid saja.

“Suspek mengaku mencabul semua enam mangsa selepas pihak sekolah mempunyai laporan semua kejadian itu. Suspek kini masih disiasat oleh Jabatan Perlindung­an Kanak-kanak,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia