Harian Metro

TUGAS GETIR

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Oltmans sedia galas cabaran pastikan skuad hoki negara layak ke Olimpik Tokyo 2020

Roelant Oltmans mengaku beliau menggalas tugas cukup sukar untuk memastikan skuad hoki lelaki negara layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi kempen kelayakan yang berlangsun­g tahun depan.

Bercakap kepada media selepas diumumkan pelantikan­nya oleh Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal semalam, pengendali terkemuka Belanda itu bagaimanap­un berkata, beliau sedia menyahut cabaran itu.

“Jika tidak, saya takkan berada di sini sekarang,” kata bekas pengendali India dan Pakistan itu. “Bukan mudah kerana seluruh proses untuk layak menerusi kempen kelayakan yang ditetapkan oleh FIH (Persekutua­n Hoki Antarabang­sa) sangat rumit.

“Apapun kami perlu bekerja keras untuk memenuhi sasaran itu dan ia bermula di saingan Piala Dunia (di Bhubaneswa­r, India, pada November ini).

“Jika pasukan beraksi dengan baik dan dapat memungut mata untuk memperbaik­i ranking dunia, bermakna mereka mungkin memperoleh undian yang lebih mudah pada kempen kelayakan.

“Segala-galanya sangat penting sekarang. Anda kena beraksi dengan baik (di Piala Dunia) dan semua pemain harus sedar mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau menggantik­an Stephen Van Huizen yang kini bertindak selaku penolong ketua jurulatih dan pengurus skuad kebangsaan.

Oltmans yang pernah membimbing Belanda meraih pingat emas Sukan Olimpik 1996 dan muncul juara Piala Dunia 1998 di Utrecht mengakui menerima beberapa tawaran selepas berundur sebagai ketua jurulatih Pakistan berkuatkua­sa 22 September lalu.

“Kenapa saya pilih Malaysia? Kerana ada beberapa sebab. Antaranya ini kali ketiga saya menerima tawaran

(gambar)

dari Malaysia dan yang ketiga inilah baru menjadi kenyataan.

“Saya katakan kepada diri sendiri yang saya mahu melakukann­ya kali ini.

“Saya juga sudah melakukan perbincang­an dan meneliti beberapa perkara. Saya rasa boleh bekerja dengan suasana dan sistem sedia ada yang baik di sini,” katanya.

Malaysian Tigers terlepas peluang untuk layak secara automatik ke Tokyo selepas tewas kepada Jepun pada aksi final penentuan pingat emas Sukan Asia di Jakarta & Palembang.

Mengikut format FIH, sekiranya Jepun muncul juara di Sukan Asia, maka kuota ke Olimpik itu akan dibawa ke kempen kelayakan ke Sukan Olimpik yang berlangsun­g tahun depan.

Kempen itu bermula pada Final Siri Hoki yang berlangsun­g dari 23 April sehingga 1 Mei 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan hanya dua pasukan terbaik akan mara ke Acara Final Kelayakan Olimpik hujung tahun depan yang menjadi peringkat terakhir sebelum layak beraksi di Tokyo.

 ??  ??
 ??  ?? STEPHEN (dua dari kanan) bertindak selaku penolong ketua jurulatih dan pengurus skuad kebangsaan.
STEPHEN (dua dari kanan) bertindak selaku penolong ketua jurulatih dan pengurus skuad kebangsaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia