Harian Metro

15 emas sasaran kontinjen Para Negara

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 15 pingat emas menjadi sasaran Kontinjen Para Negara yang akan beraksi di Temasya Sukan Para Asia Indonesia yang akan berlangsun­g di Jakarta bermula dari 6 hingga 13 Oktober ini.

Biarpun jumlah itu adalah sama seperti empat tahun lalu ketika temasya berlangsun­g di Incheon, Korea Selatan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin atlet negara mampu mencapai kejayaan lebih gemilang berdasarka­n semangat yang ditunjukka­n.

Katanya, tiga atlet olahraga para negara yang menyumbang­kan emas di temasya Paralimpik di Rio yang lalu iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Muhammad Ridzuan Puzi menjadi sandaran utama skuad negara merealisas­ikan sasaran yang ditetapkan.

Beliau yang akan turut hadir bersama kontinjen untuk memberi sokongan di Jakarta nanti, yakin

(gambar)

acara lain seperti bowling, badminton serta beberapa sukan lain juga mampu menghadiah­kan emas.

“Ketahuilah wahai atlet para negara, anda tidak berjuang keseoranga­n. Anda semua adalah wira dan wirawati negara bawalah semangat anda ke depan kerana anda membawa harapan 32 juta rakyat negara ini untuk berjaya di temasya Para Asia nanti.

“Anda pejuang negara, anda luar biasa dan setiap kemenangan adalah kemenangan buat negara kita Malaysia.

“Insya-Allah, melihat akan semangat yang ditunjukka­n, saya yakin mereka mampu melakukan jauh lebih baik. Tapi buat setakat ini sasaran kita adalah 15 emas,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq turut menjelaska­n bahawa jumlah insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan (SHAKAM) yang akan diberikan kepada atlet para negara adalah sama seperti yang diraih oleh atlet normal negara yang berjaya di Sukan Asia baru-baru ini.

Dalam perkembang­an yang sama, Syed Saddiq berkata, tiada apa yang perlu dibimbangk­an berhubung isu keselamata­n atlet negara di Jakarta nanti biarpun bencana tsunami berlaku di Palu, Sulawesi Indonesia ia kerana lokasinya jauh daripada tempat penganjura­n temasya.

Perasmian pembukaan Sukan Para Asia Indonesia akan berlangsun­g pada 6 Oktober ini di Gelora Bung Karno, Jakarta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia