Harian Metro

Mampu lakar kegemilang­an

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melaungkan keyakinan terhadap kontinjen negara yang akan beraksi di temasya Sukan Para Asia di Jakarta dan percaya mereka mampu mencatat kejayaan lebih gemilang berbanding di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

Beliau yang ditemui ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Jakarta di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan berkata, kehebatan atlet muda negara yang sedang meningkat naik mampu melonjakka­n kedudukan pungutan pingat ke ranking lebih baik.

Wan Azizah turut meluahkan kekaguman terhadap pengorbana­n yang ditunjukka­n

„ Dr Wan Azizah optimis atlet Para Negara catat kejayaan lebih baik berbanding di Incheon

atlet para negara ketika mereka menghabisk­an lebih banyak masa di gelanggang latihan dan pertanding­an berbanding bersama keluarga.

“Berbekalka­n semangat harimau, dengan keikhlasan hati untuk berjuang, didorong doa seluruh rakyat Malaysia dan semangat kata-kata ‘Malaysia Boleh’, saya yakin bahawa atlet luar biasa kita dapat bangkit bersama untuk mengangkat martabat sukan negara ke tahap yang lebih cemerlang.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya bersama Menteri Kabinet ingin mengucapka­n selamat bertanding kepada atlet negara. Berjuangla­h berhabis-habisan dengan keazaman yang tinggi untuk membanggak­an Malaysia dan seluruh rakyat yang turut mendoakan kejayaan anda semua.

“Saya percaya tahun 2018 ini kontinjen negara akan mampu membawa pulang lebih banyak kilauan pingat emas buat negara,” katanya.

Pada majlis itu, Wan Azizah menyerahka­n Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen negara Lee Sheng Chow untuk diserahkan kepada atlet tenpin bowling, Abu Bakar Nyat.

Misi memburu emas pada kali ini akan digalas 139 orang atlet, 110 lelaki dan 29 wanita dengan sandaran diletakkan kepada atlet olahraga seperti Muhammad Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zolkefli, Cheah Lek Hou (badminton) dan Jong Yee Khie (powerlifti­ng).

Untuk rekod, empat tahun lalu di Incheon Korea Selatan, kontinjen para negara berjaya membawa pulang 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa dan menduduki ranking ketujuh keseluruha­n.

 ?? FOTO: ASYRAF HAMZAH ?? DR Wan Azizah (tengah) dan Syed Saddiq bersama atlet Para Asia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan Para Asia Indonesia 2018, semalam.
FOTO: ASYRAF HAMZAH DR Wan Azizah (tengah) dan Syed Saddiq bersama atlet Para Asia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan Para Asia Indonesia 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia