Harian Metro

James harap skuad Badak mara final

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Bukan mustahil untuk kami mengejutka­n Johor Darul Ta’zim (JDT). Itu keyakinan yang diluahkan pemain paling berpengaru­h Terengganu FC (TFC), Lee Tuck menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia.

Pemain kelahiran England itu juga mengidam untuk sekali lagi menjadi watak penting TFC apatah lagi sentuhanny­a membantu gergasi Pantai Timur itu mengetepik­an FELDA United menerusi agregat 6-4 di suku akhir.

“Saya menyaksika­n kedua-dua perlawanan JDT menentang Pahang, jadi saya sudah membuat persediaan rapi untuk pertemuan itu nanti kerana semua tahu ia akan menjadikan pertembung­an hebat kerana mereka adalah pasukan pilihan.

“Namun, saya tetap gembira bertemu JDT dan bukannya Pahang di separuh akhir, kerana sebagai pasukan berstatus pilihan, pastinya mereka akan menghadapi tekanan untuk menang.

“Sebagai satu pasukan, saya semakin yakin dan percaya ia akan menjadi perlawanan yang sangat istimewa, malah saya jangka kedua-dua pasukan akan memberikan aksi terbaik untuk melangkah ke final,” kata Tuck.

Pada suku akhir kedua Jumaat lalu, Tuck layak dilabel pencetus kebangkita­n apabila

“Kami kena gunakan kelebihan aksi di laman sendiri. Begitu juga JDT apabila beraksi di Larkin. Jadi, kedua-dua pasukan ada kelebihan tersendiri, semuanya bergantung kepada persembaha­n di padang,” katanya. Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk James Wong berharap Sabah mampu meneruskan kejutan pada pertanding­an Piala Malaysia musim ini dengan mengalahka­n Perak di separuh akhir, sekali gus mara ke final buat kali keempat.

James yang mengaku teruja dengan pencapaian Sabah pada kempen Piala Malaysia kali ini berkata, anak buah Jelius Ating kini berada pada landasan tepat untuk melakukann­ya.

“Secara jujur, saya tidak menjangka Sabah akan sampai sejauh ini. Bila mereka layak ke Piala Malaysia, saya sudah anggap ia satu bonus dan tidak memberi sebarang harapan memandangk­an mereka diletakkan satu kumpulan dengan pasukan Liga Super, Pahang, Selangor dan PKNP.

“Tapi, mereka mencipta bonus kedua apabila layak ke suku akhir dan mendapat satu lagi bonus dengan mara

„

ke separuh akhir. Sekarang saya mahu mereka memberi bonus keempat kepada rakyat Sabah dengan mara ke final.

“Pasukan itu tidak punya pemain berstatus bintang dan hanya pasukan Liga Perdana, tapi mereka memiliki semangat dan keyakinan yang tinggi.

“Bagi saya, inilah kunci kejayaan mereka sehingga mara ke separuh akhir. Saya yakin, api semangat itu kini makin membara dan mereka sudah bersedia untuk berdepan Perak,” kata bekas pemain yang mendapat gelaran King James itu.

The Rhinos pernah menikmati aksi final Piala Malaysia pada 1996, 2002 dan 2003 namun semuanya berakhir sebagai pasukan kedua terbaik.

Penampilan terakhir di separuh akhir pula adalah pada 2007 dan secara kebetulan pasukan yang mengecewak­an mereka pada tahun itu adalah Perak menerusi kemenangan agregat 3-2.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Sabah miliki kekuatan tersendiri.
PEMAIN Sabah miliki kekuatan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia