Harian Metro

Elavarasan puas biarpun gagal ke suku akhir

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Jurulatih Melaka United, E Elavarasan berpuas hati dengan persembaha­n pasukan itu walaupun gagal layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Kejayaan skuad terbabit mengekalka­n kedudukan di Liga Super dengan bonus menduduki tangga ketiga Kumpulan B pada saingan Piala Malaysia dilihat kejayaan positif berikutan sebelumnya berdepan situasi getir terjatuh ke Liga Perdana.

Elavarasan yang mengambil alih tugas Eduardo Almeida pada pertengaha­n liga nyata berjaya menyuntik nafas baru buat skuad berkenaan yang sebelumnya berada pada tahap membimbang­kan.

Beliau berkata, cuma sedikit kelonggara­n pada aksi berdepan PDRM dan PKNS pada peringkat kumpulan menyaksika­n skuad bimbingann­ya terkeluar dari saingan ke suku akhir yang akhirnya menjadi milik FELDA United dan The Red Ants.

“Namun keseluruha­nnya skuad kali ini amat baik dan jika dikekalkan mereka mampu menakluk saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim depan.

“Apapun, semuanya terserah kepada pengurusan baharu Melaka selepas ini sama ada mengekalka­n pemain berkenaan atau sebaliknya. Pada saya, skuad ini amat memberangs­angkan untuk menyerlah, cuma hanya sedikit perubahan saja yang diperlukan,” katanya.

Apapun, beliau sedikit terkilan berikutan tidak dapat bersama skuad itu pada tiga perlawanan Kumpulan B, termasuk pertemuan berdepan PDRM dan PKNS disebabkan mengikuti kursus kejurulati­han di Indonesia.

Namun, beliau sempat bersama pasukan Hang Tuah ketika berdepan FELDA di Melaka pada perlawanan terakhir kumpulan yang menyaksika­n Melaka membelasah lawan dengan keputusan 6-1 di Stadium Hang Jebat.

Melaka musim ini dibarisi ramai bintang tempatan termasuk Khairul Fahmi Che Mat, S Chanturu, Azmi Muslim, G Gopinathan, Ahmad Fakri Saarani, Faderin Kadir, Nur Shamil Abd Ghani, Faris Shah Rosli dan Mohd Zamir Selamat.

 ??  ?? CHANTURU (kiri) banyak membantu Melaka.
CHANTURU (kiri) banyak membantu Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia