Harian Metro

50 tahun belum dapat air bersih

- Oleh Erika George Cnews@nstp.com.my

Sri Aman: Hanya terletak enam kilometer dari Loji Rawatan Air Lubok Antu, di sini, namun penduduk di tiga perkampung­an iaitu Kampung Wong Panjai, Kampung Wong Pandak dan Kampung Ensawang masih bergantung kepada sumber air graviti untuk kehidupan harian.

Bagi kira-kira

1,000 penduduk di tiga penempatan itu, keadaan itu amat mendukacit­akan kerana seolaholah kawasan itu ketinggala­n dalam menikmati kemudahan asas berkenaan.

Penduduk Kampung Wong Panjai, Joseph Julin,33, berkata, penduduk setempat termasuk di Kampung Wong Pandak kini mendapatka­n sumber air dari Bukit Pan Tunggal, manakala penduduk Kampung Ensawang bergantung kepada sumber air dari Sungai Batang Ai untuk kelangsung­an hidup.

Katanya, selain bergantung kepada air dari bukit dan sungai, penduduk ketiga-tiga kampung berkenaan juga terpaksa menadah air hujan menggunaka­n ‘tong biru’ diberikan kerajaan.

Joseph berkata, disebabkan mahu menggunaka­n air bersih untuk diminum atau memasak, sebilangan besar penduduk di kampung berkenaan yang jarak antara satu sama lain kira-kira tiga kilometer terpaksa membeli air terawat di Pasar Lubok Antu.

Masalah penduduk terbabit, turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lubok Antu, Mohamad Hanif Dzakwan yang memberitah­u, isu tiada bekalan air di situ sudah berlarutan selama 50 tahun.

“Berpuluh juta ringgit diperuntuk­kan oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah bekalan air dan menaik taraf loji di kawasan Lubok Antu, namun masih juga penduduk kampung menggunaka­n sumber air dari bukit dan sungai,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitka­n sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit yang hilang kawalan lalu terjatuh dalam gaung.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitka­n sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit yang hilang kawalan lalu terjatuh dalam gaung.
 ??  ?? RUMAH Panjang Wong Panjai terletak kira-kira enam kilometer dari Loji Rawatan Air Lubok Antu tetapi pendudukny­a masih bergantung kepada sumber air graviti.
RUMAH Panjang Wong Panjai terletak kira-kira enam kilometer dari Loji Rawatan Air Lubok Antu tetapi pendudukny­a masih bergantung kepada sumber air graviti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia