Harian Metro

Mengaku bersalah perkosa gadis

-

Kota Kinabalu: Seorang pemuda berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol gadis berusia 15 tahun, Februari tahun ini.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari antara jam 2 hingga 5 petang di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Tuaran.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim berkata, memandangk­an tertuduh mengaku bersalah, tiada perbicaraa­n dijalankan dan hanya permohonan untuk hukuman dibenarkan.

“Saya juga akan membenarka­n laporan sosial dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai latar belakang keluarga tertuduh,” katanya di mana laporan itu akan dipertimba­ngkan oleh hakim sebelum hukuman dijatuhkan.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini untuk laporan sosial yang akan dijalankan dan tertuduh akan terus ditahan mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja sebelum ini meminta agar tidak ada ikat jamin diberikan kepada tertuduh.

Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini, Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman penjara dua bulan kepada Mohd Shirshah Mohd Ali kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap Shereen Willie pada 22 September tahun ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Lido Four Seasons Residences, pada jam 1 pagi.

Dia yang diwakili peguam Shareen Tang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.
TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia