Harian Metro

Masak isi buah nipah enam jam

-

Kota Kinabalu: Buah nipah cukup dikenali di Semenanjun­g kerana keenakanny­a untuk dijadikan gula atau nira.

Namun, berbeza di Sabah, buah berkenaan belum cukup dikenali dan dikomersia­lkan bagi tujuan itu.

Demi mencari kelainan, seorang pengusaha gerai air buah-buahan di Tanjung Aru First Beach di sini, memperkena­lkan air buah nipah atau lebih dikenali sebagai air pagong dalam kalangan masyarakat Bajau.

Mirdat Mohammed, 54, berkata suatu ketika dulu bahagian daun pokok nipah sahaja diambil untuk dijadikan bumbung rumah serta rokok daun manakala buahnya hanya sebahagian orang sahaja tahu ia boleh dijadikan minuman.

“Sebelum ini saya berniaga di medan selera Anjung Perdana berhampira­n tapak gerai ini dan gerai kami cukup terkenal dengan menu ABC Gunung Kinabalu.

“Apabila tempat itu ditutup dan kami mahu memulakan perniagaan di sini, saya mula berfikir menu istimewa agar mampu menarik perhatian pelanggan sehingga muncul idea air pagong ini.

“Saya memang biasa minum air ini sewaktu kecil namun ketika itu ia dijadikan minuman seperti air kelapa. Tetapi kami mengolah cara penghasila­n minuman ini dengan memasak isi buah nipah ini selama enam jam untuk mengeluark­an jusnya sebelum ditambah air gula melaka.

“Tidak sangka cubaan ini membuahkan hasil dan pelanggan yang mencuba air ini sangat suka dengan rasanya,” katanya ketika ditemui di gerai miliknya.

Membuka gerai menjual aneka jenis air buah-buahan di kawasan berkenaan sejak tiga minggu lalu, Mirdat berkata, pelanggan berasa ingin tahu selepas melihat buah pagong atau nipah yang dipamerkan di gerai menyebabka­n mereka mahu mencuba sendiri. Bekas Presiden Parti

Liberal Demokratik (LDP) yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong menafikan menyalahgu­na wang parti itu ketika menjadi presiden dari tahun 2006 hingga 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggun­gjawab dalam hal ehwal undang-undang itu berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku terhadap wang parti itu selepas dilucutkan jawatan dan digantung keahlian pada Oktober 2013.

“Terdapat baki wang sumbangan dalam akaun parti ketika mereka (pemimpin LDP) menggantun­g keahlian dan melucutkan jawatan saya sebagai presiden secara tidak berperlemb­agaan pada Oktober 2013,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ia berikutan satu laporan mengenai cek bernilai RM3.5 juta disumbangk­an bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas nama LDP pada tahun 2013 didakwa dikeluarka­n bendahari parti selepas diarahkan Vui Keong tanpa pengetahua­n ahli lain, baru-baru ini.

Liew sebaliknya mendakwa, pemimpin

LDP yang mengambil kepemimpin­an parti daripada beliau adalah pihak bertanggun­gjawab terhadap wang dalam akaun parti itu.

Katanya, ini kerana pemimpin terbabit menghalang­nya memasuki pejabat LDP dalam usaha mereka menyingkir­kan beliau daripada parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada tahun 2013.

 ?? Mirdat Mohammed ?? MIRDAT menjual air pagong dengan harga RM3 secawan yang terletak di Tanjung Aru First Beach. Tidak sangka cubaan ini membuahkan hasil dan pelanggan yang mencuba air ini sangat suka dengan rasanya”
Mirdat Mohammed MIRDAT menjual air pagong dengan harga RM3 secawan yang terletak di Tanjung Aru First Beach. Tidak sangka cubaan ini membuahkan hasil dan pelanggan yang mencuba air ini sangat suka dengan rasanya”
 ??  ?? LIEW
LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia