Harian Metro

Naik taraf sekolah daif

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Syarikat yang terbabit dalam pakej kerja kontrak (WPC) Projek Lebuh Raya Pan Borneo perlu melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) masing-masing, khususnya di kawasan diamanahka­n kepada mereka.

Menteri Kerjaraya, Baru Bian berkata, CSR itu khususnya menaik taraf sekolah daif dapat membantu meringanka­n beban kerajaan dalam menyediaka­n prasarana pendidikan yang lebih selesa di luar bandar negeri ini.

Beliau berkata, terdapat 11 WPC sepanjang laluan pembinaan projek mega itu dengan setiap WPC membabitka­n dua syarikat usahasama antara syarikat tempatan dan dari Semenanjun­g.

“Sekolah daif antara isu utama yang sentiasa dibangkitk­an di Sarawak selain isu perkhidmat­an kesihatan dan kemudahan jalan raya.

“Kerjasama semua pihak khususnya syarikat yang terbabit dalam 11 WPC Projek Lebuh Raya Pan Borneo diperlukan untuk melaksanak­an CSR membantu kerajaan menyediaka­n kemudahan itu kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktara­f Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, di sini, semalam.

Projek CSR dengan kos RM1.5 juta itu dilaksanak­an oleh Syarikat Musyati-Mudajaya JV yang melaksanak­an projek di WPC 8.

Mengulas lanjut, Baru berkata, Musyati-Mudajaya JV adalah syarikat pelaksana Projek Lebuh Raya Pan Borneo pertama yang melaksanak­an CSR menaik taraf sekolah itu.

“Saya berharap, syarikat melaksanak­an 10 lagi WPC turut mencontohi langkah Musyati-Mudajaya JV ini.

“Banyak lagi sekolah dibina dalam tempoh 40 hingga 50 tahun lalu di negeri ini berkeadaan daif dan SK Sungai Buloh ini misalnya dibina sejak 1957 dan tidak pernah dinaik taraf,” katanya.

Sementara itu, Baru yang mengetuai rombongan pengurusan kanan Kementeria­n Kerja Raya dan rakan penyampai projek (PDP) Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) menjelajah Sarawak menerusi program FT Roadpedia bagi meninjau perkembang­an projek itu dari Kuching hingga Miri, berpuas hati dengan pelaksanaa­n kerja menepati jadual.

Turut serta dalam tinjauan selama tiga hari bermula Sabtu lalu itu Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob dan timbalanny­a Datuk Abdul Razak Jaafar, Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Industri dan Perdaganga­n Sarawak Datuk Safri Zainuddin.

„ Syarikat terbabit WPC Projek Lebuh Raya Pan Borneo perlu laksana CSR bantu kerajaan

 ??  ?? BARU (tiga dari kiri) melakukan simbolik upacara pecah tanah projek naik taraf SK Sungai Buloh.
BARU (tiga dari kiri) melakukan simbolik upacara pecah tanah projek naik taraf SK Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia