Harian Metro

Jeritan selamat gadis

„ Hentakan kuat jeriji tingkap elak mangsa terperangk­ap dalam kebakaran

- Hassan Omar cnews@nstp.com.my

Hentakan kuat pada jeriji tingkap bilik dan jeritan jiran menyelamat­kan seorang gadis daripada terperangk­ap dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Terendak Permai, Sungai Udang di sini, jam 8.30 pagi semalam.

Jeritan Latifah Omar, 40, daripada belakang rumah teres setingkat itu menyedarka­n Puteri Arwani Natrah Noor Afiza, 18, daripada tidur sebelum remaja terbabit keluar menyelamat­kan diri.

Latifah berkata, ketika kejadian, dia sedang membasuh pinggan di dapur dan tiba-tiba terlihat asap keluar daripada lubang angin di bumbung tengah rumah jirannya itu.

“Saya terus keluar dan menghentak jeriji tingkap bilik Puteri Arwani Natrah sambil menjerit ada asap tebal,” katanya ditemui di lokasi.

Puteri Arwani ketika ditemui berkata, apabila tersedar, dia berasa bahang sebelum terus berlari keluar.

“Ketika menyelamat­kan diri, saya nampak api mulai marak di bahagian longgokan buku di bilik adik saya, Putera Izwan Faiz yang berusia 16 tahun.

“Apabila tiba di pagar, saya dapati ibu, Surian Che Ku Sulong kebetulan baru tiba di rumah selepas pulang dari bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam. Bapa saya tiada di rumah kerana bekerja di Australia, manakala Putera Izwan dan seorang lagi adik di tahun enam bersekolah,” katanya.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon We Kiang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 8.36 pagi sebelum sepasukan 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dan Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal jam 8.56 pagi, ia membabitka­n sebuah bilik tidur. Bagaimanap­un, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Mohd Lokman Abdul Ghani yang melawat ke lokasi berkata, pihaknya menghulurk­an bantuan awal RM500 dan akan menyediaka­n sebuah inap desa untuk dihuni keluarga berkenaan.

“Kami akan mendapatka­n bantuan Tabung Bencana Negeri bagi membantu keluarga mangsa,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI forensik bomba menjalanka­n siasatan kebakaran yang memusnahka­n bilik.
PEGAWAI forensik bomba menjalanka­n siasatan kebakaran yang memusnahka­n bilik.
 ??  ?? PUTERI Arwani Natrah memberi kenyataan kepada anggota bomba.
PUTERI Arwani Natrah memberi kenyataan kepada anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia