Harian Metro

Cubaan sorok dalam kabinet gagal

-

Alor Setar: Tindakan dua wanita tukang urut bersembuny­i di dalam kabinet gagal apabila anggota imigresen yang melakukan pemeriksaa­n di sebuah premis refleksolo­gi Taman Pekan Baru, Sungai Petani malam kelmarin, dapat mengesan mereka.

Wanita warga Thai dan Indonesia itu antara 12 tukang urut berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan Jabatan Imigresen Kedah di dua premis berasingan di Sungai Petani dan Alor Setar.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin, berkata dalam Op Mega 3.0 bermula jam 7 malam itu, pihaknya turut menahan tukang urut warga Filipina dan seorang pelanggan lelaki warga Vietnam.

“Ketika pemeriksaa­n di premis di Sungai Petani, kita mengesan dua wanita bersembuny­i di dalam kabinet sinki bagi mengelak ditahan, manakala dua lagi tukang urut sedang leka mengurut pelanggan.

“Serbuan di sebuah premis di Alor Setar pula dilakukan ketika semua pekerja warga asing sedang mengurut pelanggan dan mereka semua didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, pelanggan lelaki yang ditahan pula didapati melakukan kesalahan menetap lebih masa di negara ini.

Zuhair berkata, kedua-dua premis terbabit juga disyaki menawarkan perkhidmat­an seks termasuk urutan melalui aplikasi WeChat kepada pelanggann­ya.

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis kerana kesalahan menggaji warga asing yang melakukan kesalahan.

“Semua warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala dua lelaki warga tempatan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Semua warga asing kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

 ??  ?? WANITA warga asing yang ditahan dalam operasi di premis refleksolo­gi di sungai Petani.
WANITA warga asing yang ditahan dalam operasi di premis refleksolo­gi di sungai Petani.
 ??  ?? SEORANG wanita yang menyorok dalam kabinet.
SEORANG wanita yang menyorok dalam kabinet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia