Harian Metro

‘Ini amal jariah saya’

-

Madrasah khas wanita beri peluang generasi muda dalami ilmu agama, hafazan al-Quran

dan aktiviti riadah, selain membantu menguruska­n peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini amal jariah yang dapat saya berikan kepada generasi muda yang ingin berjaya sebagai hafiz,, usaha menjadikan Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat sebagai gedung ilmu diharap menjadi kenyataan,” katanya, di sini, semalam.

Ibu kepada lima anak itu juga berkata, peruntukan RM8,000 sebulan disediakan bagi menguruska­n Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat membabitka­n sewa rumah, gaji pengajar, makanan, bil elektrik dan air.

Sohaini berkata, keselesaan pelajar menjadi keutamaan pihak pengurusan bagi memastikan mereka dapat belajar dan menghafal al-Quran dalam suasana seronok dan memuaskan seperti yang dijanjikan.

“Saya bersyukur dengan usaha gigih pelajar dibantu empat ustazah semua pelajar kini berjaya menghafal antara tiga hingga 15 juzuk al-Quran bergantung kepada tempoh mereka belajar di sini.

“Saya menyasarka­n lebih 30 pelajar dapat belajar di madrasah ini tahun hadapan dan beberapa pelajar kemasukan pertama berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

“Usaha melancarka­n lagi operasi madrasah ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sumbangan kewangan masyarakat, justeru saya mempelawa pihak yang berminat untuk menderma,” katanya yang menerima pelbagai sumbangan daripada orang perseorang­an dan syarikat korporat setiap bulan.

Sementara itu, pelajar Fatin Qasrina Jamalisham, 14, berkata, selepas dua tahun belajar di Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat, dia kini berjaya menghafal sembilan juzuk al-Quran selain berpeluang mendalami ilmu agama.

“Saya bersyukur impian menjadi hafazan kitab suci kini hampir menjadi kenyataan, sistem belajar selama enam jam yang diamalkan di madrasah ini berjaya melahirkan pelajar yang berjaya.

“Saya seronok belajar di sini yang menyediaka­n pelbagai kemudahan diperlukan, asrama dan makanan disediakan sama seperti tinggal di rumah bersama keluarga,” katanya yang berasal di Kampung Sungai Karang, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia