Harian Metro

Sanggup berkhemah di tapak kebakaran

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Mangsa kebakaran di Kampung Dusun Muda, Jalan Sri Cemerlang di sini, dalam kejadian Sabtu lalu sanggup berkhemah di tapak itu bagi mengelak kawasan diceroboh.

Seorang daripada mangsa, Mohd Zaini Arifin, 25, berkata, sudah dua malam dia tidur dalam khemah itu bersama beberapa mangsa lain termasuk jirannya Wan Shahidan Wan Nawang, 32.

Menurutnya, mereka terpaksa berbuat demikian kerana menjaga keselamata­n harga benda.

“Ini kerana barangan tertentu termasuk barang kemas dan duit tabung kepunyaan mangsa di sini masih belum lagi dicari.

“Pasukan keselamata­n juga tidak benarkan mangsa pulang selagi proses siasatan belum selesai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam, 20 unit rumah jenis setinggan di kawasan berkenaan hangus dengan 10 buah daripadany­a berpenghun­i, manakala selebihnya adalah rumah kosong.

Mohd Zaini berkata, setakat ini mereka ada menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selain orang persendiri­an yang memberi pakaian terpakai.

Tiada pengalaman dalam bidang pendidikan agama bukan penghalang kepada Sohaini Abdul Rahman membuka Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat di Taman Kota Sultan Ahmad Shah (SAS).

Sohaini, 47, berkata selepas tiga tahun beroperasi pusat pengajian agama moden dikhaskan untuk pelajar wanita berumur 10 hingga 17 tahun itu mempunyai 19 pelajar dan empat tenaga pengajar.

Beliau berkata, matlamat utama penubuhan Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat memberi peluang kepada generasi muda belajar mendalami ilmu agama selain hafazan al-Quran.

Katanya, dua unit rumah dalam kawasan taman perumahan Kota SAS di sini, disewa sebagai kelas dan asrama bagi keselesaan pelajarnya.

“Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang bidang perguruan dan pendidikan agama itu tidak menjadi penghalang untuk menyediaka­n tempat bagi kanak-kanak dan remaja wanita mendalami ilmu.

“Selain pendidikan agama dan hafazan al Quran pelajar juga didedahkan pelbagai program seperti kem motivasi, kelas fardu ain, hadis

„

 ??  ?? SOHAINI bersama pelajar di Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat Taman Kota Sultan Ahmad Shah.
SOHAINI bersama pelajar di Madrasah Al Quran Quratul Ain Lilbanat Taman Kota Sultan Ahmad Shah.
 ??  ?? MOHD Zaini
MOHD Zaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia