Harian Metro

Jagoan Sains dan Matematik

-

Kota Bharu: Minat mendalam dalam bidang sains dan sifat ingin tahu sejak dari kecil mendorong seorang remaja menguasai ilmu itu sehingga mewakili sekolah ke pertanding­an peringkat antarabang­sa.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Ahmad Darwisy Shaifuzain, 16, berkata, sehingga kini dia sudah menyertai lebih 10 pertanding­an sains matematik dan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) sama ada di peringkat negeri dan antarabang­sa.

Menurutnya, pencapaian terbesar yang pernah dicapainya apabila mewakili Malaysia dalam

yang diadakan di Belgrade, Serbia pada April lalu yang disertai 32 negara.

“Dalam pertanding­an yang diadakan itu, saya berjaya mendapat pingat emas bagi kategori fizik dan kejurutera­an, sekali gus menewaskan lawan dari negara lain.

“Bakat dan kebolehan saya dalam bidang sains mula diasah oleh guru sekolah ketika berada di tingkatan satu selain mendapat sokongan daripada ibu dan ayah yang banyak memberi dorongan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, kaedah pembelajar­an abad ke-21 (PAK-21) yang diterapkan di sekolah menjadikan suasana pembelajar­an di dalam kelas menjadi lebih interaktif apabila pelajar dapat berinterak­si menggunaka­n kecanggiha­n teknologi terkini.

“Dengan kaedah ini, ia lebih memudahkan lagi saya mencari maklumat serta menerokai bidang sains dan teknologi ketika sesi Pengajaran dan Pembelajar­an (PnP) di dalam kelas.

“Sains bukan hanya untuk orang pandai. Jangan takut dengan cerita mengenai sains yang tiada bukti kesahihann­ya.

“Apa yang penting kita perlu menerokany­a,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera.

Antara pertanding­an lain yang pernah disertai Ahmad Darwisy termasukla­h

dan

di Bangi, Selangor,

di Bangkok, Thailand pada Julai dan Ogos lalu.

 ??  ?? Kebolehan saya dalam bidang sains mula diasah oleh guru sekolah ketika berada di tingkatan satu selain mendapat sokongan daripada ibu dan ayah yang banyak memberi dorongan” TENGKU Muhammad bersama sebahagian
pingat yang dimenangin­ya
di peringkat tempatan mahupun
antarabang­sa.
Kebolehan saya dalam bidang sains mula diasah oleh guru sekolah ketika berada di tingkatan satu selain mendapat sokongan daripada ibu dan ayah yang banyak memberi dorongan” TENGKU Muhammad bersama sebahagian pingat yang dimenangin­ya di peringkat tempatan mahupun antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia