Harian Metro

Dayangku Intan stabil lepas derma buah pinggang

-

melebarkan sayap ke Indonesia dengan merakamkan Di Matamu 2.0 versi Indonesia.

“Lagu ini diberi nafas baru dengan gubahan muzik berbeza dan lirik ditukar mengikut kesesuaian bahasa Indonesia,” katanya. Kuala Lumpur: Keadaan penyanyi Dayangku Intan, 53, makin stabil dan sudah ditempatka­n ke wad biasa sejak kelmarin selepas selamat menjalani pembedahan buah pinggang untuk didermakan kepada suaminya, Rosman Yahil,

56, Sabtu lalu.

Rosman disahkan mengalami masalah kegagalan organ buah pinggang akibat kencing tikus sejak tiga bulan lalu.

Rosman turut menghidap kencing manis dan darah tinggi terkawal.

Justeru, ingin melihat suaminya kembali pulih mendorong Intan nekad mendermaka­n satu daripada buah pinggangny­a.

Pengurus penyanyi itu, Rushuhaimi­n Ab Rahman ketika dihubungi berkata, Intan dijangka berada di hospital kira-kira lima hari lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Alhamdulil­lah, keadaan Intan kini stabil tetapi masih memerlukan rehat yang cukup. Terima kasih di atas doa diberikan. Cuma, Rosman masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut walaupun keadaannya juga dilapor stabil.

“Namun, pada Ahad apabila Rosman sedar dia terus bertanya keadaan isterinya kepada saya. Begitu juga Intan, sebaik saja sedar keadaan Rosman yang ditanya. Ia sangat menyentuh hati saya,” katanya.

Rushuhaimi­n berkata, dia bersyukur urusan pembedahan pasangan suami isteri itu dipermudah­kan Allah SWT dan berjalan lancar.

“Cinta dan kasih sayang mereka sangat utuh dan saya sendiri kagum dengan semangat kental Intan untuk menyelamat­kan suaminya.

“Ternyata pengorbana­n dilakukan Intan buat suami, Rosman sangat besar dan dia seorang berhati mulia. Saya bagi pihak Intan dan suaminya, ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka,” katanya.

 ??  ?? DAYANGKU Intan dan Rushuhaimi­n. DAYANGKU Intan bersama Rosman.
DAYANGKU Intan dan Rushuhaimi­n. DAYANGKU Intan bersama Rosman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia