Harian Metro

Kenduri rakyat buat mangsa gempa Lombok

-

Kuala Lumpur: Walaupun kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia sudah berlarutan hampir dua bulan namun puluhan ribu penduduk di kawasan berkenaan masih trauma untuk tinggal di dalam kediaman hingga sanggup mendirikan khemah di depan rumah masing-masing.

Malah ada antara mereka masih mengharapk­an bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan kehidupan sejak gempa bumi melanda 29 Julai lalu dengan kekuatan 6.9 magnitud yang meranapkan banyak kediaman serta harta benda lain.

EZ Qurban Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkesempa­tan menghulurk­an bantuan pasca gempa kepada mereka selain melihat situasi di kawasan berkenaan begitu menyedihka­n apabila masing-masing terpaksa menjadikan khemah atau pondok seba- gai tempat berlindung selain sumber makanan terhad.

Pengurus EZ Qurban Sdn Bhd, Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata, bekalan air bersih dan makanan sukar diperoleh menyebabka­n pihaknya mengambil keputusan mengadakan kenduri rakyat dengan mengagihka­n 250 kambing kepada penduduk tempatan.

“Kami terpaksa mengambil bekalan kambing dari Jogjakarta, Indonesia dengan perjalanan mengambil masa kira-kira sembilan jam kerana bekalan bahan mentah di Lombok terhad.

“Sebanyak 250 kambing disembelih di Jogjakarta manakala 15 ekor lagi disediakan di Lombok dengan bantuan penduduk tempatan.

“Pada masa sama, kami juga menyediaka­n enjin pam air selain mengagihka­n selimut dan 200 kampit beras 5 kilogram kepada mangsa gempa bumi di Lombok,” katanya.

Menurutnya, 74,000 kediaman musnah akibat gempa bumi berkenaan dan kebanyakan penduduk masih bergelut untuk meneruskan kehidupan walaupun keadaan sudah beransur pulih.

 ??  ?? ANGGOTA EZ Qurban dan MAPIM mengagihka­n bantuan kepada penduduk Lombok, Indonesia.
ANGGOTA EZ Qurban dan MAPIM mengagihka­n bantuan kepada penduduk Lombok, Indonesia.
 ??  ?? PENDUDUK Lombok menikmati juadah kenduri rakyat.
PENDUDUK Lombok menikmati juadah kenduri rakyat.
 ??  ?? PENDUDUK tempatan membantu melapah daging kambing untuk dimasak dalam program kenduri rakyat.
PENDUDUK tempatan membantu melapah daging kambing untuk dimasak dalam program kenduri rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia