Harian Metro

Sindiran pedas TMJ

- Rizalman Hammim rizalman@nstp.com.my

„ Status di Twitter seolah-olah dituju kepada Syed Saddiq

Simpang Renggam: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan melihat keseluruha­n klip video membabitka­n Exco Pendidikan Melaka Noor Effandi Ahmad berkaitan ungkapan perkataan ‘bodoh’ ketika ceramah motivasi di sebuah sekolah.

Beliau berkata, pihaknya akan melihat petikan video itu sebelum mengeluark­an sebarang kenyataan.

Menurutnya, klip video yang tular di media sosial itu perlu dibuat siasatan secara menyeluruh dengan menemui pihak yang terbabit agar sebarang tindakan dilakukan tidak berat sebelah.

“Adalah tidak adil untuk menjatuhka­n hukuman hanya berdasarka­n klip video berdurasi kira-kira satu minit itu, mungkin Noor Effan-

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat seolah-olah mengkritik Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pemimpin muda itu menggelark­an Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘perfection­ist’.

Baginda memuat naik satu catatan dalam bahasa Inggeris pada status di laman sosial Twitter rasminya.

Menerusi catatan itu, baginda berkata,

(Sempurna? Sama ada anda berdelusi atau obses. Awak masih dalam perut ibumu. Buat sedikit kajian).

Walaupun TMJ tidak menyebut nama, Tunku Ismail seolah-olah menujukan status itu kepada kenyataan Syed Saddiq yang menggelark­an Dr Mahathir

dalam muat naik di laman sosial Facebook.

Dalam muat naik itu, Syed Saddiq menepis kritikan ucapan Perdana Menteri di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini adalah berskrip dan bukan disediakan olehnya.

Mengimbau pengalaman beliau bekerja dengan Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata, Dr Mahathir adalah tuan kepada kerjanya sendiri.

“Beliau menulis ucapan sendiri. Beliau menulis catatan blog sendiri. Beliau juga lakukan banyak kerja penyelidik­an sendiri.

“Ia kerana pengalaman, saya rasa dipaksa memberitah­u cerita di sebalik kesempurna­an paling terkenal di Malaysia iaitu Tun Mahathir yang dikasihi,” tulis Syed Saddiq.

Syed Saddiq sebelum ini menimbulka­n kemarahan dalam kalangan Istana Johor pada 2016 apabila beliau menulis satu surat terbuka mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang mengharamk­an demonstras­i jalanan di Johor.

Bagaimanap­un, isu itu diselesaik­an selepas Sultan Johor perkenan menerima mengadap Syed Saddiq.

Sementara itu, Syed Saddiq dalam mesej Twitter lewat petang semalam mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor itu berkata:

Patik

(Ampun Tunku, jika kita hanya memandang ke belakang, kita tidak akan dapat maju ke hadapan. Patik akan sentiasa mendoakan kesejahter­aan Tunku).”

 ??  ??
 ??  ?? DR Maszlee (tengah) bersama pelajar yang menyertai karnival PSH, semalam.
DR Maszlee (tengah) bersama pelajar yang menyertai karnival PSH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia