Harian Metro

Sasar Putrajaya hidup, bernyawa

-

Putrajaya: Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baru, Datuk Dr Aminuddin Hassim mahu menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar pintar yang tidak hanya diberi penekanan (perkakasan), malah turut mengambil perhatian terhadap aspek (perisian).

Menjelaska­n mengenai visi berkenaan, Aminuddin berkata, beliau mahu setiap program dan aktiviti yang dijalankan pihak berkuasa tempatan di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n itu relevan selain turut memberi manfaat kepada warganya.

“Bila kita kata bandar pintar, kita banyak memberi penekanan kepada

tetapi saya juga mahu aspek

turut diberi penekanan.

“Maksudnya untuk penduduk Putrajaya, apakah mereka boleh dapat daripada program yang kita laksanakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Paluan Selamat Datang Presiden PPj yang baru di sini, semalam.

Beliau berkata, antara aduan dan keluh-kesah yang sering didengarin­ya daripada warga Putrajaya adalah isu berkaitan pengangkut­an awam dan ruang untuk orang awam.

Menurutnya, beliau mengakui satu cabaran apabila pihak berkepenti­ngan mahukan Putrajaya dijadikan sebagai sebuah bandar yang ‘hidup dan bernyawa’.

“Oleh kerana masyarakat di Putrajaya ini kebanyakan­nya bekerja siang dan malam, pada waktu hujung minggu adalah rehat. Jadi apakah istilah rehat kepada mereka?

“Mungkin mereka ingin banyak masa bersama keluarga, jadi apakah program

yang sesuai untuk mereka. Itulah perkara yang hendak kita laksanakan.

“Kita tidak mahu mengadakan program yang mereka tidak mahu atau aktiviti tidak boleh disertai yang hanya membabitka­n orang luar Putrajaya sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, beliau akan mengadakan sesi interaksi bersama pihak berkepenti­ngan selain penduduk Putrajaya selain bertemu dengan bekas Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail.

“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan saya yakin beliau banyak membawa perubahan dan kemajuan di Putrajaya, jadi saya ingin ia diteruskan.

“Justeru, saya akan berbincang dengan beliau dan belajar untuk melihat apa perkara lain yang boleh saya bawa di sini,” katanya.

Aminuddin, 50, mula menjalanka­n tugas sebagai Presiden PPj berkuat kuasa semalam menggantik­an Hasim yang tamat perkhidmat­annya pada 31 Julai lalu.

 ??  ?? DR Aminuddin
DR Aminuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia