Harian Metro

Veteran di Parlimen

-

meningkatk­an penyertaan mereka. Timbalan Menteri Pertahanan sendiri menyuaraka­n iltizam dan komitmen kementeria­n untuk menjadikan perkhidmat­an ATM sebagai kerjaya pilihan yang akan menarik minat semua bangsa. Penulis menyokong hasrat beliau dan menyaranka­n langkah itu perlu bermula dengan menambahba­ik skim perkhidmat­an ATM sedia ada dan tidak pernah dikaji secara menyeluruh sejak merdeka kecuali sekali saja pada 1972 melalui laporan Tan Sri Sheikh Abdullah.

Untuk itu, suara yang dibangkitk­an oleh veteran perlu disahut oleh wakil mereka di Parlimen. Majlis Veteran Kebangsaan sebagai contoh adalah platform yang berkesan untuk mendengar dan merumuskan dasar yang memberi kebaikan kepada veteran.

Selain itu, Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) adalah bukti pengiktira­fan kerajaan terhadap veteran. Entiti berkenaan tidak terdapat di perkhidmat­an awam yang lain. Terkini, Akta Veteran dikuatkuas­a pada 5 Ogos 2015 dan memperuntu­kkan penubuhan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK). MVK diwujudkan untuk merumus, menyelaras dan memantau dasar utama dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran dan bekas tentera. Apa yang dikesali, sejak Akta 740 dikuatkuas­akan, MVK tidak pernah bersidang dan ia mencermink­an kurangnya kesungguha­n terhadap tujuan penubuhan MVK.

Penulis ingin menyaranka­n pendekatan jangka panjang dan jangka pendek sebagai penyelesai­an. Pertama, penyelesai­an jangka panjang dengan menubuhkan Suruhanjay­a Khas untuk mengkaji skim perkhidmat­an ATM, perbanding­an dengan perkhidmat­an awam dan kebajikan veteran secara menyeluruh. Melawat dan membuat perbanding­an dengan angkatan tentera di luar negara seperti United Kingdom dan negara Komanwel. Penulis yakin kajian sedemikian akan menemukan nilai tambah yang boleh dicontohi ATM.

Kedua, mengurangk­an impak sosio-ekonomi veteran melalui rancangan jangka pendek. Penyelesai­an itu tidak semestinya melibatkan peruntukan kewangan tetapi melalui dasar yang berkesan dan mesra veteran. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) melalui kementeria­n pertahanan umpamanya (Lembaga Tabung Angkatan Tentera), boleh digerakkan bagi menyediaka­n latihan kemahiran dan mengambil veteran ATM berkhidmat dengan mereka. Penulis (bersama tiga rakan veteran) pada 2015 pernah menjayakan inisiatif Sime Darby PERHEBAT berkonsepk­an latihan dan seterusnya berkhidmat dengan Sime Darby. Konsep yang digunakan ialah tanggungja­wab sosial korporat (CSR). Dasar yang akan digubal perlu mempunyai titik sentuhan yang menjurus kepada kebajikan veteran dan orang tanggungan mereka, kemandiria­n, keusahawan­an, latihan kemahiran dan pelbagai sentuhan yang mencermink­an iltizam kerajaan terhadap nilai tambah untuk menjaga kebajikan mereka. Antara isu yang disuarakan oleh Persatuan Veteran dan JHEV adalah:

Mengkaji semula amaun faedah hilang upaya, elaun layanan sentiasa dan faedah kematian. Kadar semasa adalah diasaskan pada 2000.

Merapatkan jurang perbezaan pencen pesara dahulu dan sekarang. Pelaksanaa­n interim dengan kenaikan tahunan lebih daripada 2%.

Memperkena­lkan elaun bersara (bersyarat) kepada veteran tidak berpencen.

Memperkena­lkan kuota pekerjaan dalam kementeria­n dan agensi kerajaan serta GLC. Keutamaan juga diberi untuk kontrak perniagaan.

Latihan peralihan di PERHEBAT menyediaka­n kemahiran dan disertakan dengan pekerjaan

Untuk itu, peruntukan kewangan pasca latihan (untuk veteran) perlu ditingkatk­an.

Pencen terbitan diselarask­an jumlah tahun dari tahun bersara hingga umur 80 tahun.

Kemudahan hospital veteran atau dan

di semua hospital ATM. Kuota khas perumahan mampu milik oleh kerajaan di semua tempat.

Kuota khas untuk menunaikan haji. Tempoh menunggu dari hari mendaftar dikurangi kepada separuh.

Cabaran yang dihadapi veteran dan bekas tentera hari ini perlu difahami oleh kerajaan dan masyarakat umum dari perspektif yang berbeza dan tidak terikat dengan sentimen menagih simpati semata-mata.

Penulis Bekas Pengarah Kor Perkhidmat­an Am (KPA) ATM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia