Harian Metro

Buka akses khidmat kaunselor

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

„ Negara perlu 11,000 pakar untuk mendepani masalah sosial semakin kompleks

Kerajaan menyasarka­n untuk melahirkan 11,000 kaunselor profesiona­l menjelang 2020 bagi memastikan ia mencukupi untuk mendepani masalah sosial yang semakin kompleks.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sasaran itu akan mengecilka­n nisbah seorang kaunselor bagi 2,945 penduduk berbanding seorang kaunselor bagi setiap 4,030 penduduk masa ini.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, peranan kaunselor dan perkhidmat­an kaunseling kini dilihat satu keperluan penting terutama dalam situasi masyarakat berhadapan pelbagai tekanan hidup.

“Setakat 31 Ogos lalu, ada 8,039 kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Nisbah ini terlalu besar untuk mendepani masalah sosial yang semakin kompleks, justeru, kami sasarkan untuk melahirkan 11,000 kaunselor menjelang 2020.

“Saya menyeru setiap kaunselor supaya berdaftar dengan Lembaga Kaunselor selain meningkatk­an kemahiran melalui program pembelajar­an profesiona­l agar lebih ramai rakyat mendapat akses kepada perkhidmat­an kaunseling ini,” katanya sesihatan lepas melancarka­n Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2018 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Kajian Ke- dan Morbitidi Kebangsaan 2015 oleh Kementeria­n Kesihatan mendedahka­n masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia berusia 16 tahun ke atas adalah 29.2 peratus atau 4.2 juta orang.

“Ia bermakna satu dalam tiga penduduk Malaysia mengalami isu yang berkait dengan masalah mental.

“Skop kesihatan remaja menunjukka­n remaja berdepan perasaan cemas sebanyak 39.7 peratus diikuti depresi (18.3 peratus) dan stres (9.6 peratus). Itu antara tiga penyakit mental utama dalam kalangan remaja di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Lembaga Kaunselor membangunk­an satu Garis Panduan Perkhidmat­an Kaunseling Keluarga dan Perkahwina­n sebagai rujukan mengendali­kan isu dalam keluarga seperti penderaan, keganasan rumah tangga, penceraian, pengabaian dan sebagainya.

 ??  ?? DR Wan Azizah bersama Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan (tiga dari kanan) menunjukka­n buku garis panduan yang dilancarka­n, semalam.
DR Wan Azizah bersama Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan (tiga dari kanan) menunjukka­n buku garis panduan yang dilancarka­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia