Harian Metro

Pantau kos binaan kawal harga rumah

-

Putrajaya: Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH) mencadangk­an penubuhan Jawatankua­sa Kawalan Kos dan Harga Rumah bagi memantau kos komponen pembanguna­n agar harga rumah kekal terkawal.

Ketua Pengarah JPPH, Nordin Daharom berkata, komponen yang perlu dipantau itu adalah infrastruk­tur, bahan binaan, tenaga buruh dan peratus keuntungan pemaju.

“JPPH berpandang­an isu berkaitan pengecuali­an atau pengenaan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) ke atas sesetengan komponen perlu dikaji dengan lebih holistik dan tidak secara sedikit demi sedikit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nordin berkata, JPPH tidak berperanan dalam mengawal harga mana-mana harta tanah termasuk harta kediaman, namun memainkan peranan dalam menghebahk­an indikator penting pasaran harta tanah agar pasaran kekal terkawal.

“JPPH menerusi Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) berperanan mengumpul maklumat tepat, komprehens­if dan menepati masa serta memberi gambaran yang betul mengenai permintaan dan penawaran pasaran harta tanah kepada agensi kerajaan, pemaju harta tanah dan pihak lain yang terbabit dengan industri harta tanah serta pihak awam secara amnya.

“Dengan hebahan mengenai situasi pasaran harta tanah dari semasa ke semasa secara berkala, pemaju, pembeli, dan pihak yang berkuasa meluluskan projek khususnya, projek perumahan mempunyai pengetahua­n akan kedudukan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar tempatan sebelum ini yang memetik kenyataan wakil syarikat perumahan bahawa JPPH boleh memainkan peranan dalam mengawal harga rumah.

Nordin berkata, penentuan harga rumah lazimnya ditentukan oleh interaksi permintaan dan penawaran kecuali bagi rumah kos rendah di pasaran primer (daripada pemaju) yang sudah pun ditetapkan harga siling oleh Pihak Berkuasa Negeri.

“Antara komponen utama penawaran yang sering dikatakan mempengaru­hi kos pembanguna­n perumahan adalah kos tanah dan kos bahan binaan.

“Bebanan kos ini seterusnya diterjemah­kan ke dalam harga rumah yang perlu ditanggung oleh pembeli,” katanya. Kota Bharu: Semua projek pembanguna­n untuk rakyat yang belum atau sedang berjalan di bawah 15 peratus akan dihentikan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pemberhent­ian projek itu bukan secara sepenuhnya tetapi kerajaan akan mengkaji terlebih dulu sama ada layak untuk diteruskan atau ditangguhk­an.

“Semua projek atas kepentinga­n rakyat akan kita teruskan, tiada sebab untuk dihentikan cuma masalah saja kerana proses ambil alih kerajaan baru dan membabitka­n masalah kewangan.

“Ia bergantung kepada kewangan melainkan projek itu berjalan elok dan melebihi 15 peratus, maka ia akan diteruskan.

“Ada projek yang dibuat separuh jalan, tidak buat langsung, sudah dapat bayaran pendahulua­n, tapi belum dimulakan lagi, itu semua kita kena kaji semula,” katanya kepada media di sini, semalam.

Mohd Anuar berkata, prosedur untuk meneruskan projek itu nanti akan dibuat secara tender terbuka dan dipilih oleh ba- dan penilai yang terdiri daripada panel yang jujur.

Beliau memohon agar rakyat bersabar dan berharap pembentang­an bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan dibentangk­an pada November ini akan membuka laluan kepada lebih banyak projek untuk diteruskan.

“Kalau kena tangguh sekalipun bukan dalam masa yang lama, mana-mana yang penting untuk rakyat kita akan letakkan keutamaan,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Bina Paint Cawangan Kelantan di Guchil Bayam di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan Datuk Razani Ab Lazid dan Ketua Pegawai Eksekutif Bina Integrated Industries Sdn Bhd (BIISB) Rosli Adam.

 ??  ?? MOHD Anuar (kiri) melakukan simbolik perasmian Bina Paint cawangan Kelantan bersama Rosli (tengah) dan Razani.
MOHD Anuar (kiri) melakukan simbolik perasmian Bina Paint cawangan Kelantan bersama Rosli (tengah) dan Razani.
 ?? Nordin ?? Antara komponen utama penawaran yang sering dikatakan mempengaru­hi kos pembanguna­n perumahan adalah kos tanah dan kos bahan binaan”
Nordin Antara komponen utama penawaran yang sering dikatakan mempengaru­hi kos pembanguna­n perumahan adalah kos tanah dan kos bahan binaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia