Harian Metro

Industri ayam daging Malaysia berkembang hingga 6% setahun

-

Industri ayam daging secara komersial di Malaysia berkembang antara lima dan enam peratus setiap tahun dan menyumbang kira-kira RM12 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016.

Presiden Persatuan Ayam Veterinar Dunia (MVPA) Malaysia Prof Dr Abdul Rahman Omar berkata, segmen ayam daging dan telur adalah penyumbang terbesar iaitu kira-kira 90 peratus daripada keseluruha­n industri.

Katanya, permintaan ayam daging di negara ini terus mendapat permintaan daripada luar negara terutama di Timur Tengah dan Eropah.

“Ayam daging Malaysia turut dieksport ke negara Singapura, Brunei, Hong Kong, Jepun dan Timur Tengah.

“Bagi perancanga­n akan datang, kami menjangkak­an untuk menembusi pasaran Eropah kerana sudah mendapat permintaan di sana yang kebanyakan­nya mencari ayam daging halal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena

Mesyuarat Asia ke-4 WVPA 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden MVPA Dr Nigel Horrox, Naib Presiden MVPA dan Prof Datuk Dr Aini Ideris.

Mesyuarat kali ke-4 itu menghimpun­kan lebih 370 deligasi dari 20 negara bagi membincang­kan cabaran yang dihadapi dalam industri ayam daging terkini termasuk mengenai vaksin dan kawalan penyakit bawaan virus serta bakteria.

Dr Abdul Rahman berkata, sejak 1980 Malaysia menghasilk­an ayam daging komersial yang mencukupi dengan pertumbuha­n 130 peratus bagi menampung permintaan tempatan dan eksport.

Beliau berkata, syarikat dan penyelidik tempatan juga sentiasa berusaha menghasilk­an teknologi terkini untuk memastikan ayam daging yang dihasilkan berkualiti terbaik.

MVPA Malaysia mempunyai lebih 400 ahli di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia