Harian Metro

Kekalkan penarafan A- bagi Malaysia

-

Kuala Lumpur: S&P Global Ratings mengekalka­n penarafan A- bagi Malaysia selaras dengan unjuran ekonomi yang kukuh dan fokus kerajaan memperkuat­kan kedudukan fiskal.

Penganalis­is Kredit S&P Global Ratings Kim Eng Tan, berkata, terdapat perubahan ketara dalam situasi politik di Malaysia selepas keputusan tidak dijangka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sejak PRU14, kami percaya terdapat kebimbanga­n daripada kestabilan politik dan sudah tentu ada beberapa isu yang berlaku berikutan perubahan kepimpinan yang mana turut merisaukan kepada pelabur.

“Bagaimanap­un, kami melihat persekitar­an polisi pada masa ini tidak terlalu berbeza dengan kerajaan sebelum ini dan ia dilihat tidak mengganggu pasaran serta sentimen pelabur,” katanya pada taklimat media ‘ASEAN Credit Spotlight’ di sini, semalam.

Beliau berkata, sentimen pelaburan dijangka meningkat semula selepas berdepan tempoh perlahan apabila orang ramai mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap persekitar­an politik semasa.

“Kami percaya tumpuan kerajaan kini adalah untuk mengekalka­n perbelanja­an berhati-hati meskipun akan terdapat banyak perbelanja­an yang dijangka akan dibuat berikutan janji pilihan raya sebelum ini.

“Namun saya tidak percaya kedudukan fiskal akan merosot,” katanya.

Katanya, kerajaan terdahulu tidak memainkan peranan utama dengan baik.

“Justeru, dengan perubahan itu, orang ramai tidak tahu akan yang akan dilakukan kerajaan pada masa ini sama ada akan meneruskan dasar kerajaan terdahulu yang mana telah digunakan pelabur sejak bertahun atau menukarkan­nya kepada dasar baharu,” katanya.

 ?? Kim Eng Tan ?? Kami melihat persekitar­an polisi pada masa ini tidak terlalu berbeza dengan kerajaan sebelum ini dan ia dilihat tidak mengganggu pasaran serta sentimen pelabur”
Kim Eng Tan Kami melihat persekitar­an polisi pada masa ini tidak terlalu berbeza dengan kerajaan sebelum ini dan ia dilihat tidak mengganggu pasaran serta sentimen pelabur”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia