Harian Metro

DIROGOL RONALDO

- Agensi

„ Bekas pelayan hotel dakwa dinoda bintang bola sepak pada 2009

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo berdepan tuduhan merogol bekas pelayan hotel di emper mewahnya di Hotel Palms Place, Las Vegas, pada 2009.

Dakwaan wanita berkenaan, Kathryn Mayorga, pertama kali majalah Jerman, Der Spiegel. Peguam Ronaldo, Christian Schertz berkata, pihaknya akan memfailkan saman terhadap Der Spiegel, namun majalah itu menegaskan tetap berpegang pada artikel disiarkan.

Ketua Pengarangn­ya Alfred Weinzierl memberitah­u Reuters pihaknya berulang kali menulis kepada pengurusan dan peguam Ronaldo mengenai dakwaan berkenaan sebelum menyiarkan artikelnya, namun tidak dijawab.

Dalam artikel berkenaan, Kathryn yang kini guru berusia 34 tahun menceritak­an bagaimana dia dipaksa mengadakan seks walaupun berulang kali menolak, selepas menemui atlet itu di kelab malam hotel terbabit.

“Selepas merogol saya, dia melutut dan berkata, ‘99 peratus diri saya baik sebenarnya, cuma saya tidak dapat menjelaska­n baki satu peratus dalam diri saya,’” katanya.

Daily Mail melaporkan, Kathryn pada mulanya mengadu kejadian kepada polis tetapi tidak menamakan penyerangn­ya, seterusnya memilih penyelesai­an sivil dengan menerima pampasan luar mahkamah £288,000 (RM1.6 juta) ditawarkan peguam Ronaldo pada 2010. Dia juga dilarang menyebut apa-apa mengenai Ronaldo, walaupun dengan pakar terapinya.

“Dia orang terkenal. Memang ketika itu saya takut,” katanya.

Menurut Kathryn, dia terseksa mental sejak kejadian itu malah pernah terfikir mahu membunuh diri, dan menyesal menerima pampasan berkenaan. Dia mengaku lebih berani tampil dengan dakwaan itu susulan pergerakan antiganggu­an seks #MeToo yang mengaitkan lelaki berpengaru­h dengan perbuatan itu, termasuk pelawak Bill Cosby yang minggu lalu dipenjara 10 tahun kerana menyerang wanita.

Selain itu, Kathryn mendakwa peguam Ronaldo cuba mencemarka­n kewibawaan­nya dengan menuduh kerjanya sebagai pelayan bukan untuk ‘budak baik.’

Ronaldo kelmarin menuduh Kathryn menjaja berita palsu.

Menurut laporan yang tidak disahkan, Ronaldo pada Disember 2009 mendakwa hubungan seks mereka dibuat secara sukarela. Namun dalam satu e-mel, dia seolah-olah mengaku Kathryn menolaknya beberapa kali.

Sementara itu, ibu keluarga Kathryn, Cheryl, 66, memberitah­u Der Spiegel: “Dia tidak pernah melupakann­ya. Setiap hari dia diselubung­i memori kejadian itu. Ada masanya dia menelefon saya kerana melihat Ronaldo pada papan iklan yang menyebabka­nnya terganggu.”

 ??  ?? RONALDO (kiri) dan Kathryn dirakam kamera keselamata­n kelab malam hotel pada 2009. - Daily Mail
RONALDO (kiri) dan Kathryn dirakam kamera keselamata­n kelab malam hotel pada 2009. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia