Harian Metro

Serang balas

„ Iran lancar peluru berpandu terhadap ‘ibu pejabat pengganas’

-

Pengawal Revolusi Iran melancarka­n peluru berpandu terhadap ‘ibu pejabat pengganas’ di Syria semalam, sebagai membalas serangan mengorbank­an 24 orang ketika perbarisan hari tentera di Ahvas minggu lalu.

Presiden Iran, Hassan Rouhani sebelum ini berikrar negaranya akan menghancur­kan mereka yang bertanggun­gjawab melakukan serangan itu, menuduh kumpulan militan Negara Islam (IS) atau Daish.

Laman web Pengawal Revolusi Iran menyatakan: “Ibu pejabat pihak yang bertanggun­gjawab melakukan jenayah keganasan di Ahvaz diserang beberapa minit lalu oleh peluru berpandu jarak jauh yang ditembak cawangan angkasa Pengawal Revolusi.

“Berdasarka­n laporan awal, ramai pengganas takfiri dan pemimpinny­a terbunuh atau cedera.”

Takfiri merujuk kepada pihak yang dianggap Iran sebagai pelampau Islam dalam kalangan pengikut Sunnah.

Pengawal Revolusi menyiarkan gambar peluru berpandu dilancarka­n meninggalk­an kepulan asap di satu lokasi padang pasir dengan latar belakang pergununga­n. Menurut agensi berita Iran, Fars, Pengawal Revolusi menembak ‘sejumlah peluru berpandu jarak sederhana’ Zolfaghar dan Qiam yang masing-masing mempunyai jangkauan sehingga 750 kilometer dan 800 kilometer.

Menurut agensi itu, peluru berpandu terbabit mengenai bandar di sempadan Syria, Albu Kamal di barat Sungai Euphrates River, dalam wilayah Deir Ezzor.

Menurut pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria di Britain, letupan kuat berlaku di kawasan dikuasai IS dekat Albu Kamal.

Albu Kamal yang terletak di sempadan Syria dan Iraq, dikuasai kumpulan bersenjata yang menawannya daripada IS pada 2007.

Dalam serangan di Ahvas pada 22 September lalu, 24 terbunuh selepas lima lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika perarakan tentera sempena Perang Iran Iraq.

Sebelum ini, Iran menuduh serangan itu dilakukan kumpulan bersenjata yang disokong pakatan negara Arab terutama Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Bagaimanap­un semalam, laman web rasmi pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei menyatakan penyerang adalah kumpulan bersenjata beroperasi di Iraq dan Syria.

 ??  ?? PELURU berpandu dilancarka­n di satu lokasi padang pasir dengan latar belakang pergununga­n. - EPA
PELURU berpandu dilancarka­n di satu lokasi padang pasir dengan latar belakang pergununga­n. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia