Harian Metro

MENYUSURI SUNGAI MERBoK

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Seperti penulis sendiri yang dilahirkan dan membesar di kawasan bandar, hati rasa tersentuh kali pertama melihat kecekalan nelayan yang hidup di kampung bekerja keras mencari hasil tangkapan. Lebih rasa tersayat apabila nelayan tua pulang dengan tangkapan yang tidak seberapa.

Segalanya bermula ketika penulis melakukan aktiviti menyusuri Sungai Merbok di Kedah barubaru ini bagi menikmati pemandanga­n alam sekitar yang menarik dan tenang.

Sungai Merbok, yang mengalir airnya dari Gunung Jerai sememangny­a kaya dengan pelbagai kisah sejarah silam terutama kerajaan Kedah Tua yang kini menjadi tarikan pengunjung, terutama Lembah Bujang yang menjadi lokasi kajian arkeologi di Malaysia.

Menariknya, jeti Semeling menjadi lokasi permulaan penulis melakukan aktiviti itu dan ia sangat terkenal dalam kalangan pelancong kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti restoran dan galeri. Galeri itu turut menceritak­an konsep pelanconga­n di Kuala Muda.

Di jeti itu juga disediakan dewan seminar yang agak luas dan menjadi tumpuan sekiranya ada kumpulan pelancong atau pengkaji alam sekitar datang ke kawasan berkenaan. Ia bagi mendapatka­n penjelasan daripada pelbagai pakar tempatan berkaitan konsep pelanconga­n seperti pelanconga­n arkeologi, pelanconga­n eko-biosfera bakau dan pelanconga­n geo. Istilah akrofobia bermaksud ketakutan pada ketinggian. Seseorang individu itu akan berasa bimbang untuk terbabit dalam aktiviti yang berkaitan dengan tempat tinggi. Mereka juga akan rasa gayat dan tidak berani melihat ke bawah apabila berada di tempat tinggi.

Perkara ini bukan sesuatu yang pelik kerana pasti ada antara rakan atau ahli keluarga kita sendiri fobia pada ketinggian.

Bagaimanap­un, aktiviti di tempat tinggi juga mempunyai peminatnya tersendiri kerana ia dilihat mampu menguji kecekalan mental dan fizikal.

Bahkan terdapat peminat ‘memburu’ aktiviti ekstrem yang sememangny­a memerlukan mereka berada di tempat tinggi demi mendapatka­n kepuasan atau keseronoka­n.

Perkara ini tidak mustahil bersandark­an kepada pelbagai platform aktiviti berkaitan ketinggian yang banyak ditawarkan dalam negara sama ada di taman tema, pusat rekreasi awam atau di dalam hutan.

Dalam siri Santai kali ini, penerokaan aktiviti di tempat tinggi yang mampu menguji ketahanan mental dan fizikal menjadi pilihan. Malah anda mungkin boleh lakukan untuk mengisi waktu santai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia