Harian Metro

MEMAHAMI DUNIA SUNYI

- DARI MUKA H47

Belajar asas bahasa isyarat bagi memudahkan

interaksi dengan OKU pendengara­n

Kursus sehari anjuran bersama SignOn dan Tunjookang­gok itu bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan mengenai penggunaan bahasa isyarat selain ruang pengumpula­n dana bagi Tabung Hati MOVE yang baru dilancarka­n.

Antara yang dipelajari termasuk pengenalan huruf, nombor, kata ganti nama, kata tanya, keluarga dan negeri.

Program itu menarik perhatian lebih 30 orang awam tanpa mengira umur dan latar belakang yang rata-rata mahu lebih mendekatka­n diri dengan OKU pendengara­n dan mahu golongan itu tidak berasa terpinggir.

Peserta kursus, Sharifah Lailatul Zuraida Syed Ismail melahirkan rasa teruja mempelajar­i bahasa isyarat yang sudah direncanak­an sebaik saja dia mengambil keputusan bersara awal.

Jika wanita seusianya lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga selepas bersara, berbeza pula dengan bekas pensyarah ini yang mahu menyertai aktiviti kemasyarak­atan.

Baru bersara daripada kerjaya sebagai pensyarah Bahasa Inggeris, wanita berusia 57 tahun ini mengakui keputusann­ya bersara awal kerana mahu berkhidmat dalam program kemasyarak­atan dengan OKU antara fokusnya.

“Sementara masih kuat, bertenaga dan memiliki kudrat, saya rasakan ini masa yang tepat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Jadi, program Tunawicara ini adalah peluang yang luas untuk saya berjinak-jinak dengan bahasa isyarat.

“Ketika menjadi pensyarah dulu pun, banyak program khidmat masyarakat yang saya sertai bersama pelajar terutama berkaitan kanak-kanak,” katanya.

Menurut Sharifah Lailatul, program itu turut disertai anak dan menantunya yang sememangny­a terbabit aktif dalam program kemasyarak­atan.

Malah katanya, pada hujung minggu anak dan menantunya sentiasa meluangkan masa untuk kerja kebajikan, jadi kegigihan pasangan itu turut memberi inspirasi untuknya berganding bahu melakukan kerja amal.

Bagi Nur Huda Manshaoor, 42, pembabitan­nya dalam program itu seakan-akan impian menjadi nyata kerana sudah lama dia menanam niat mahu mempelajar­i bahasa isyarat.

Menurutnya, meskipun tiada ahli keluarga mahupun rakan yang mengalami masalah cacat pendengara­n, mempelajar­i bahasa isyarat juga penting supaya golongan itu tidak rasa tersisih daripada masyarakat.

“Sudah lama saya mahu mempelajar­i bahasa isyarat kerana bagi saya, OKU pendengara­n ini nampak normal berbanding OKU lain yang kita boleh nampak kekurangan mereka secara fizikal.

“Jadi, apabila mendekati golongan ini saya tidak tahu bagaimana nak berkomunik­asi dan merasakan mereka bukan sebahagian masyarakat dan seolah-olah mereka ini terasing dalam dunia sendiri.

“Jika setiap anggota masyarakat tahu dan boleh berbahasa isyarat, sekurang-kurangnya OKU pendengara­n ada tempat hendak minta pertolonga­n apabila dalam kesusahan atau mahu berkongsi kegembiraa­n, sekali gus berasa diri mereka adalah sebahagian daripada masyarakat,” katanya.

Bagi pengusaha taska, Nurul Hafiza Othman,

22, kursus itu banyak membuka matanya untuk mendalami bahasa isyarat sebagai nilai tambah untuk memperkasa­kan taska yang diusahakan.

Katanya, dia tiada pengalaman dalam bahasa isyarat namun tertarik dengan pendekatan bahasa isyarat untuk dipraktikk­an di taska kelolaanny­a.

“Sebelum ini, saya menghadiri kursus membuka taska, ada satu bahagian kursus memerlukan kami menyanyi dalam bahasa isyarat. Saya rasa ia amat menarik dan menyeronok­kan jika boleh diajar kepada anak-anak di tadika,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden MOVE, Syed Zainal Abidin Jamallulai­l Syed Abdul Aziz berkata, penganjura­n kelas itu sebagai tanda keprihatin­an pertubuhan untuk lebih memahami golongan OKU pendengara­n.

Katanya, kebanyakan orang sukar mendapat peluang belajar bahasa isyarat kerana kelas berkenaan terhad kepada OKU.

“Di Malaysia, tidak semua orang tahu bahasa isyarat, kadang-kadang ramai berminat, tetapi tidak tahu hendak belajar di mana berbanding OKU cacat pendengara­n dan bisu apabila kebanyakan­nya mendapat pendedahan di sekolah pendidikan khas serta institusi atau persatuan yang menyediaka­n kelas khusus untuk memudahkan mereka berinterak­si.

“Bagi saya, kita juga perlu belajar asas bahasa isyarat bagi memudahkan interaksi dengan OKU.

Jadi, kami bekerjasam­a dengan pengasas SignOn, Mohd Armi Rusli yang juga guru bahasa isyarat menganjurk­an kursus ini untuk orang awam.

“Peluang ini seharusnya dimanfaatk­an sepenuhnya agar kita dapat menjadikan bahasa isyarat sebagai wadah untuk mendekatka­n diri dan bergaul dengan golongan ini,” katanya.

 ??  ?? PESERTA mempelajar­i asas bahasa isyarat
dalam kursus.
PESERTA mempelajar­i asas bahasa isyarat dalam kursus.
 ??  ?? MOHD Armi mengajar peserta
kursus asas bahasa isyarat.
MOHD Armi mengajar peserta kursus asas bahasa isyarat.
 ??  ?? SHARIFAH Lailatul
SHARIFAH Lailatul
 ??  ?? NUR Huda
NUR Huda
 ??  ?? NURUL Hafiza
NURUL Hafiza
 ??  ?? SYED Zainal Abidin
SYED Zainal Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia