Harian Metro

Bakti penaja diperlukan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Syed Saddiq mahu setiap sen dana disumbang dimanfaat untuk program NFDP

“Jika mereka boleh melabur beratus juta ringgit untuk membeli kelab luar dan pemain luar negara, mengapa tidak mereka menyumbang bakti dalam program pembanguna­n bola sepak tanah air,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq membuat gesaan itu ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Jakarta di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, semalam.

Katanya, beliau sudah mengenal pasti beberapa penaja berpotensi untuk menjalin kerjasama menerusi Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

Ketika ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan memiliki kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City, manakala Tan Sri Tony Fernandes pemegang saham terbesar kelab Queens Park Rangers.

“Buat ketika ini saya tidak boleh maklumkan nama pihak terbabit. Tapi saya sudah mengenal pasti beberapa penaja yang berpotensi untuk menjalinka­n kerjasama membawa program bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi.

“Saya amat berharap sokongan daripada pihak terbabit yang sebelum ini menunjukka­n minat agar dapat membantu bola sepak tempatan mengorak langkah ke arah lebih baik.

“Saya tahu mereka ini menjiwai bola sepak tanah air tapi mereka mahu dana yang disalurkan itu melalui proses yang betul supaya setiap sen disalurkan dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin,” katanya.

Katanya, daripada perbincang­an ringkas itu pihak berkenaan memberi maklum balas positif namun belum ada sebarang perjanjian dicapai.

Justeru,

beliau

berkata, perkara utama yang akan ditekankan selepas ini adalah ketelusan dalam setiap perbelanja­an akan menjadi isu nombor satu supaya setiap sen digunakan dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin.

Sementara itu, Syed Saddiq memohon agar peminat bola sepak tempatan tidak berterusan mencemuh Pengarah Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim susulan kegagalan Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

 ??  ?? SYED Saddiq berswafoto bersama atlet Para Asia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan Para Asia Indonesia 2018.
SYED Saddiq berswafoto bersama atlet Para Asia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan Para Asia Indonesia 2018.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia