Harian Metro

Pasukan paling menakjubka­n

- Reuters

„ Bjorn puji kehebatan pemainnya sehingga mampu menjulang Piala Ryder

Ketua pasukan Eropah, Thomas Bjorn berkata, semua 12 pemain pasukannya berjaya memudahkan tugasnya sepanjang hujung minggu lalu untuk mengetepik­an Amerika Syarikat (AS) dalam saingan Piala Ryder di Perancis.

Francesco Molinari dan Tommy Fleetwood yang melakukan penampilan sulung adalah tonggak utama Eropah, selepas meraih kemenangan dengan kelebihan empat mata dalam acara beregu.

Manakala pemain lain melengkapk­an lagi kehebatan pasukan Eropah bagi membolehka­n mereka memadamkan kekecewaan 2016 di Hazeltine selepas menang 17.5 -10.5.

Empat pilihan pemainnya, Sergio Garcia, Henrik Stenson, Ian Poulter dan Paul Casey berjaya menyumbang­kan 9.5 mata.

Bagaimanap­un, Bjorn berkata, kunci utama kejayaan mereka adalah secara berpasukan bukannya individu, terutama ketika berdepan AS yang dibarisi pemain dan bekas nombor satu dunia serta juara beberapa kejohanan utama.

“Saya dapat merasakan sepanjang kejohanan bahawa ini adalah pasukan terbaik. Ini dapat dilihat apabila semua 12 pemain berkumpul bersama untuk berada dalam satu pasukan dan cara mereka membantu antara satu sama lain membuatkan tugas ketua pasukan menjadi mudah.

“Perkara paling sukar buat saya sebagai ketua pasukan minggu ini adalah terlalu ramai bermain dengan baik dan kalau boleh, anda mahu meletakkan semuanya di lapangan, tetapi tidak mampu melakukann­ya.

“Ini adalah pasukan terbaik pernah saya lihat,” kata Bjorn, yang menjadi pemain pertama dari Denmark, untuk beraksi di Piala Ryder pada 1997.

Eropah ketinggala­n 1-3 Jumaat lalu, dalam saingan fourballs, namun mereka bangkit semula untuk perlawanan foursomes dengan Bjorn menggunaka­n kesemua 12 pemainnya, termasuk lima tonggak yang kali pertama beraksi di kejohanan ini.

Pada hari kedua (Sabtu) mereka mendahului 10-6 dan dilihat berada pada kedudukan selesa untuk merangkul kejuaraan Piala Ryder buat kali kesembilan.

Ketua pasukan AS, Jim Furyk dilihat masih belum menyerah apabila dua tonggak utama Eropah, Rory McIlroy dan Justin Rose tumpas bagi saingan perseorang­an.

“Pada satu ketika, saya berasa sedikit risau namun semua pemain berjaya mengukuhka­n kedudukan dan melakukan tugasan masing-masing.

“Saya tidak dapat menggambar­kan bagaimana perasaan saya terhadap semua 12 pemain ini. Mereka sangat menakjubka­n sejak hari pertama dan saya bangga dengan mereka,” kata Bjorn.

Sepanjang tiga hari kejohanan berlangsun­g, suasana bising hadir daripada penyokong Eropah dan Bjorn mengakui ia seperti mempunyai seorang lagi pemain tambahan.

 ??  ?? PASUKAN Eropah yang diketuai Bjorn (atas, tengah) bawa pulang Piala Ryder selepas menewaskan pasukan AS.
PASUKAN Eropah yang diketuai Bjorn (atas, tengah) bawa pulang Piala Ryder selepas menewaskan pasukan AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia