Harian Metro

Verstappen rai hari lahir dengan duduki tangga kelima

-

Sochi, Russia: Walaupun gagal menaiki podium dalam perlumbaan Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Russia, Max Verstappen

tetap meraikan sambutan hari lahir ke-21 dengan penuh bangga.

Dia bermula di petak ke-19, sebelum meraih kedudukan keenam dan mengekalka­n kedudukan sehingga ke pusingan 30.

Bintang Red Bull itu akhirnya menamatkan perlumbaan di tangga kelima, selepas berlumba di petak belakang apabila dikenakan penalti yang disebabkan isu pertukaran kotak gear dan unit kuasa jentera.

“Sebelum perlumbaan, saya sendiri tidak percaya (prestasi ketika perlumbaan). Sangat sukar untuk memperkata­kan perkara ini, tetapi apabila bermula dari belakang, kami patut pilih tayar tepat.

“Bayangkan jika kami bermula dari barisan depan kerana kami sepatutnya berada di situ. Itu yang sepatutnya

(gambar)

berlaku dalam perlumbaan ini dan kami melakukan perkara yang betul pada kali ini (walaupun dikenakan penalti).

Pretasi cemerlang Verstappen itu juga berjaya membuatkan Prinsipal Red Bull, Christian Horner berasa kagum.

“Dia melakukan perkara yang sangat mengagumka­n,” katanya.

“Pada pusingan enam atau tujuh, ia cukup menarik.

Untuk berada di kelompok enam terbaik selepas tujuh pusingan, memang menakjubka­n.

“Dia mengetuai kelompok sehingga 30 pusingan, cuma agak malang dia perlu memasuki pit.

“Dia menempuh perlumbaan yang menakjubka­n pada hari lahirnya ke-21. Dia berada agak jauh untuk mengejar Kimi (Raikkonen).

“Kami dikenakan penalti, jadi perlu bijak menggunaka­n segala ruang dan peluang yang ada. Kami mempunyai jentera yang sangat kompetitif pada hujung minggu lalu dan kami akan menilainya semula.

“Kami sebenarnya lebih berdaya saing di sini, berbanding apa yang kami jangkakan,” katanya yang menyaksika­n pelumba Mercedes, Lewis Hamilton muncul juara diikuti rakan sepasukan, Valtteri Bottas di tangga kedua. Agensi disiplin itu.

“Ia adalah kemenangan paling emosi,” kata Valverde. “Saya mempunyai dua impian iaitu memenangi Tour de France, namun ia tidak menjadi kenyataan. Namun impian kedua akhirnya menjadi realiti, saya meraih kejuaraan dan jersi pelangi.

“Ia menakjubka­n, selepas beberapa tahun bergelut untuk mencapai kejuaraan dunia dan akhirnya berjaya.

“Tiada perkataan mampu digambarka­n dengan saya berbangga dengan usaha keseluruha­n pasukan,” kata juara itu merujuk kepada larangan penggunaan komunikasi radio pada perlumbaan.

Bardet yang juga pakar pendaki menamatkan saingan pada kedudukan kedua tanpa rasa kesal.

“Saya sepatutnya melakukan gerakan semasa pendakian. Ia bukan mudah untuk diperkatak­an selepas usaha yang anda lakukan. Apabila anda di laluan landai, pelumba seperti Valverde sememangny­a dijangka akan menang.” - AFP

 ??  ?? VALVERDE (tengah) realisasi impiannya dengan muncul juara dunia lebuh raya kategori elit.
VALVERDE (tengah) realisasi impiannya dengan muncul juara dunia lebuh raya kategori elit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia