Harian Metro

GALI SEMULA KUBUR

- >2

Mahkamah Majistret di sini, semalam, membenarka­n polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarha­m Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

Hasil semakan di mahkamah mendapati permohonan itu dibuat polis bagi mendapatka­n mayat Nazrin untuk menjalanka­n bedah siasat kali kedua.

Permohonan itu dibuat pegawai penyiasat kes berkenaan di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurut sumber, proses menggali semula kubur Nazrin akan dibuat pada Isnin minggu depan.

Terdahulu, beberapa ahli keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 9.40 pagi sebelum keluar 40 minit kemudian.

Pada 4 September lalu, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya yang masing-masing berusia 43 tahun direman tujuh hari

„ Polis diberi izin dapatkan mayat CEO Cradle Fund untuk bedah siasat kali kedua

FAKTA

Proses menggali semula kubur Nazrin dibuat pada Isnin

minggu depan

bagi membantu siasatan kes yang diklasifil­asikan polis sebagai kes bunuh itu.

Turut direman, anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun pada 9 September lalu.

Selain itu, pada 24 September lalu, sepasang suami isteri yang juga adik ipar kepada Nazrin pula direman empat hari bagi membantu siasatan.

Bagaimanap­un, semua suspek dibebaskan selepas tamat reman.

Sebelum itu, pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasif­ikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan satu telefon bimbit diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup ketika dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbank­an Nazrin.

Nazrin terperangk­ap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres 2 tingkat beliau di Mutiara Damansara dan berkemungk­inan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur akibat kejadian itu.

Cradle Fund, syarikat di bawah Kementeria­n Kewangan berperanan membangunk­an usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini.

Ia agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kawasan perkuburan Islam yang tiada sebarang aktiviti selepas mahkamah membenarka­n permohonan menggali semula kubur Nazrin.
KEADAAN kawasan perkuburan Islam yang tiada sebarang aktiviti selepas mahkamah membenarka­n permohonan menggali semula kubur Nazrin.
 ??  ?? AHLI keluarga Nazrin keluar dari kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas permohonan gali semula kubur dibenarkan.
AHLI keluarga Nazrin keluar dari kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas permohonan gali semula kubur dibenarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia