Harian Metro

TMJ SINDIR SYED SADDIQ

- > 20

„ Status di Twitter seolah-olah dituju kepada Syed Saddiq Sama ada anda berdelusi atau obses. Awak masih dalam perut ibumu. Buat sedikit kajian

Tunku Ismail

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat seolah-olah mengkritik Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pemimpin muda itu menggelark­an Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘perfection­ist’.

Baginda memuat naik satu catatan dalam bahasa Inggeris pada status di laman sosial Twitter rasminya.

Menerusi catatan itu, baginda berkata, “Perfection­ist? It’s either you’re delusional or

obsessed. You were still in

your mother’s belly, kid. Do some

research” (Sempurna? Sama ada anda berdelusi atau obses. Awak masih dalam perut ibumu. Buat sedikit kajian).

Walaupun TMJ tidak menyebut nama, Tunku Ismail seolah-olah menujukan status itu kepada kenyataan Syed Saddiq yang menggelark­an Dr Mahathir ‘perfection­ist dalam muat naik di laman sosial Facebook.

Dalam muat naik itu, Syed Saddiq menepis kritikan ucapan Perdana Menteri di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini adalah berskrip dan bukan disediakan olehnya.

Mengimbau pengalaman beliau bekerja dengan Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata, Dr Mahathir adalah tuan kepada kerjanya sendiri.

“Beliau menulis ucapan sendiri. Beliau menulis catatan blog sendiri. Beliau juga lakukan banyak kerja penyelidik­an sendiri.

“Ia kerana pengalaman, saya rasa dipaksa memberitah­u cerita di sebalik kesempurna­an paling terkenal di Malaysia iaitu Tun Mahathir yang dikasihi,” tulis Syed Saddiq.

Syed Saddiq sebelum ini menimbulka­n kemarahan dalam kalangan Istana Johor pada 2016 apabila beliau menulis satu surat terbuka mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang mengharamk­an demonstras­i jalanan di Johor.

Bagaimanap­un, isu itu diselesaik­an selepas Sultan Johor perkenan menerima mengadap Syed Saddiq.

Sementara itu, Syed Saddiq dalam mesej Twitter lewat petang semalam mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor itu berkata: “Ampun Tunku. If we keep on looking backwards, we will never be able to move forward.

Patik will always pray for

Tunku’s wellbeing. (Ampun Tunku, jika kita hanya memandang ke belakang, kita tidak akan dapat maju ke hadapan. Patik akan sentiasa mendoakan kesejahter­aan Tunku).”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia