Harian Metro

PUSARA BESAR

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling, Mahaizura Abd Malik dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

LEBIH 500 DIKEBUMI DALAM SATU LIANG

RIBUAN PENDUDUK KAMPUNG PETOBO TERTIMBUS 200 PELAJAR TERKUBUR KETIKA BERKHEMAH

JOKOWI MINTA BANTUAN ANTARABANG­SA

BOYA AMARAN TSUNAMI TIDAK BERFUNGSI SEJAK 2012

„ Jenazah cepat dikebumi elak jangkitan penyakit kerana banyak mayat mula busuk

Tiga kubur besar disediakan untuk mengebumik­an korban gempa bumi dan tsunami Palu. Sehingga petang semalam satu daripada kubur itu sudah ditimbus selepas diisi lebih 500 mayat.

Tindakan itu diambil sukarelawa­n dan pihak berkuasa bagi mengelak jangkitan penyakit kerana banyak mayat mangsa yang sudah mula membusuk.

Angka rasmi jumlah korban sehingga kini ialah 844 orang dan jumlah itu dijangka meningkat beberapa hari lagi selepas operasi mencari dapat dijalankan dengan lebih ramai sukarelawa­n dan pihak berkuasa.

Dianggarka­n lebih 40,000 orang kehilangan tempat tinggal dan mereka yang cedera juga turut meningkat.

Kerja menggali lubang kubur yang setiap satu berukuran 100 meter panjang dengan kedalaman tiga meter dan lebar 30 meter dilakukan sukarelawa­n menggunaka­n jentera sebelum diambil alih oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Wartawan AFP yang berada di lokasi mendapati, mayat yang dibungkus dengan beg mayat berwarna oren, kuning dan hitam itu dibawa satu persatu ke lubang berkenaan sebelum ditimbus tanah menggunaka­n jentolak.

Pihak berkuasa terpaksa mengebumik­an mayat dalam satu lubang berikutan bimbang wabak penyakit selain kebanyakan mayat sudah berbau dan berulat.

Komander tentera tempatan Tiopan Aritonang berkata, 545 mayat dibawa ke kubur menaiki tiga trak tentera dibawa dari sebuah hospital saja.

“Ini perlu dilakukan secepat mungkin atas sebab kesihatan dan keagamaan,” katanya.

Seorang lagi pegawai tentera, Mohammad Thorir berkata, semua mayat yang sudah dikenal pasti identiti akan diambil gambar dan direkodkan bagi memudahkan waris mencari lokasi ahli keluarga mereka dikebumika­n.

Satu rakaman video menunjukka­n penduduk berjalan dan membuka dari satu beg ke satu beg mayat untuk mencari sama ada ahli keluarga mereka antara yang meninggal dunia dalam bencana berkenaan.

Tidak lama kemudian, sekumpulan pekerja yang lengkap memakai topeng mengusung beberapa mayat sebelum diletakkan di dalam kubur besar berkenaan. Mengikut wartawan Detik.com, Taufik Abdul Rahman yang berada di lokasi cap jari, lokasi mayat ditemui dan jantina akan direkodkan sebelum dikebumika­n.

“Setakat ini, tiga kubur besar sudah digali yang boleh memuatkan 1,000 mayat dengan satu kubur sudah penuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Memetik laporan BBC, keadaan menyayat hati dapat dilihat di pusat kesihatan Mamboro di Palu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah kaki diletakkan seorang diri sebaris dengan mayat mangsa di dalam beg.

Pemilik klinik berkenaan, Dr Sasono berkata, kliniknya sudah terputus bekalan elektrik dan kehabisan bekalan ubat.

“Kami tidak tahu di mana ahli keluarga kanak-kanak ini malah dia tidak ingat lokasi rumahnya juga,” katanya kepada agensi berita antarabang­sa itu.

Hanya beberapa meter dari kanak-kanak itu, barisan mayat yang sudah berbau busuk dapat dilihat dan Dr Sasoni berkata mayat itu akan dikebumika­n di dalam kubur besar bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.

“Mayat sudah berbau dan kami tidak menunggu ahli keluarga menuntut mayat kerana sudah terlambat untuk berbuat demikian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N dan anggota tentera mengangkat mayat untuk dikebumika­n di dalam satu daripada tiga kubur besar.
SUKARELAWA­N dan anggota tentera mengangkat mayat untuk dikebumika­n di dalam satu daripada tiga kubur besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia