Harian Metro

HEBAT DI PADANG, LIAR DI LUAR

„ Sane perlu baiki sikap untuk bantu kelab lakar lebih banyak kejayaan

-

Manchester City berkunjung ke Hoffenheim dengan harapan mampu mencari kemenangan sulung Liga Juara-Juara, selepas kalah mengejut kepada Lyon walaupun diletakkan sebagai pasukan pilihan musim ini.

Disebabkan itu, motivasi anak buah Pep Guardiola dilihat sedikit merudum, kecuali jika ada seorang pemain City bercita-cita mahu memberikan impak besar ketika beraksi di negara kelahirann­ya.

Leroy Sane adalah seorang daripada pemain City yang membantu merekodkan

100 mata dalam saingan

Liga Perdana Inggeris dan meraih Piala

Liga, pada musim lalu.

Pemain berusia

22 tahun itu juga dianugerah­kan

Pemain Muda

Terbaik di England selepas mencetak

14 gol dan melakukan 19 hantaran bantuan gol dalam semua kejohanan.

Bagaimanap­un, ia belum mencukupi buat Sane untuk mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia Jerman, selepas disingkirk­an oleh pengendali, Joachim Loew.

Sane mungkin berasa puas selepas penyandang juara itu tersingkir di peringkat kumpulan dan ia adalah kali pertama sejak 80 tahun Jerman terkandas di halangan pertama.

Kelajuan, larian pantas ke depan dan sentiasa dapat menghidu ruang serta peluang melakukan jaringan yang dimiliki bekas pemain sayap Schalke itu dilihat menjadi kekurangan dalam skuad Jerman di Russia.

Bagaimanap­un,

Sane tidak boleh berasa selesa apabila pulang ke pangkuan kelab, kerana dia masih lagi

menjadi perhatian

Guardiola terutama mengenai sikapnya ketika di luar padang.

“Kadangkala anda akan terasa dengan pergerakan badan Leroy, tidak kira sama ada menang atau kalah. Dia harus memperbaik­i cara

‘bahasa’ badannya.

“Dia sangat hebat ketika beraksi dengan

City tahun lalu, tapi

Guardiola berdepan masalah sama sekarang ini, dia cuba untuk mempersiap­kan Sane sebaik mungkin, agar dia boleh beraksi dengan cemerlang,” kata Toni Kroos.

“Kadangkala anda akan terasa dengan pergerakan badan Leroy, tidak kira sama ada menang atau kalah Toni Kroos

 ??  ?? GUARDIOLA perlu bantu Sane pupuk sikap positif di luar padang.
GUARDIOLA perlu bantu Sane pupuk sikap positif di luar padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia