Harian Metro

TERKENANG ANUGERAH PENYAPU

-

Lumpur: Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sebak apabila terkenang peristiwa penerimaan penyapu daripada kerajaan Selangor ketika beliau berkhidmat di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada tahun 2007.

Beliau berkata, ketika itu MDHS mencapai kutipan cukai yang tidak memuaskan iaitu kurang daripada 40 peratus pada tahun 2006.

“Ketika dipanggil untuk menerima anugerah penyapu daripada bekas Menteri Besar Selangor (Dr Mohamad Khir Toyo), saya baru saja ditukarkan dari Kementeria­n Wilayah Persekutua­n untuk dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor M52 pada September 2007.

“Anugerah itu diberi pada Disember 2007 atas prestasi hasil kutipan cukai bawah 40 peratus pada tahun 2006 dan bersama-sama dengan saya untuk menerima ‘penyapu’ itu ialah Yang Dipertua MDHS ketika itu Tukiman Nail.

“Walaupun ia bukan zaman saya, namun saya tetap juga menerima ‘penyapu’ dengan penuh tanggungja­wab, yang mana ia menjadi sejarah kekalahan Barisan Nasional di Selangor,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai peristiwa itu selepas Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini, semalam.

Nor Hisham berkata, selepas peristiwa itu, beliau cuba meningkatk­an hasil kutipan cukai dalam masa dua tahun sehingga mendapat anugerah cemerlang RM100,000 daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2009.

“Kami (MDHS) berjaya mencapai lebih 92 peratus hasil kutipan cukai dalam masa dua tahun yang kemudianny­a mendapat pengiktira­fan daripada kerajaan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata, peristiwa itu sebagai dorongan kepada Nor Hisham untuk membuktika­n pencapaian mereka dalam pihak berkuasa tempatan.

“Sebagai ketua, walaupun beliau menerima bagi pihak orang lain namun ia sebagai pengalaman pahit yang memberi dorongan kepada PBT itu untuk membuktika­n kemampuan mereka,” katanya. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? KHALID (dua dari kiri) menyerahka­n replika keris sebagai simbolik pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 kepada Nor Hisham di Menara DBKL, semalam.
KHALID (dua dari kiri) menyerahka­n replika keris sebagai simbolik pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 kepada Nor Hisham di Menara DBKL, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia