Harian Metro

BUDAK MESIN BASUH

„ Bapa budak disumbat dalam mesin basuh bersyukur anak selamat

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

“Mujur mesin basuh itu tidak berfungsi (tidak berputar), syukur anak saya selamat. Saya memang terkejut dengan berita itu, tapi Alhamdulil­lah, tiada apa-apa berlaku kepada anak saya,” kata lelaki hanya mahu dikenali sebagai Rizal, 20-an.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 46 saat tular menunjukka­n kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangk­ap hampir 10 minit apabila ‘disumbat’ ke dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, di sini,

Kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin itu dipercayai berpunca daripada ‘gurauan terlampau’ bapa saudara kanak-kanak berkenaan yang berusia 20-an.

Difahamkan, kejadian itu berlaku tanpa disedari ibu kanak-kanak terbabit yang turut berada di lokasi untuk membasuh pakaian di premis berkenaan.

Gurauan lelaki berkenaan bagaimanap­un mengundang padah apabila pintu mesin basuh itu tidak dapat dibuka menyebabka­n kanak-kanak terbabit terperangk­ap di dalamnya.

Rakaman video itu juga menunjukka­n beberapa individu cuba menyelamat­kan mangsa.

Kanak-kanak terbabit hanya dapat diselamatk­an selepas beberapa individu yang berada di lokasi kejadian memecahkan cermin pintu mesin basuh itu selepas usaha membukanya tidak berhasil.

Rizal berkata, ketika itu dia tidak berada di lokasi berkenaan dan hanya dimaklumka­n oleh isterinya berhubung kejadian.

Katanya, dia enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menganggap ia sudah selesai.

“Apa yang penting anak saya selamat.

“Saya juga sudah menghubung­i pengurusan kedai dobi untuk membayar ganti rugi kerosakan mesin basuh berkenaan dan pemiliknya bersetuju menyelesai­kannya dengan baik,” katanya.

Pemilik kedai dobi itu Hazmal Hassan berkata, tujuan dia berkongsi rakaman video berkenaan hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya beringat apabila melakukan sesuatu tindakan.

Katanya, dia menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak terbabit untuk menyelesai­kan masalah dan ganti rugi akibat kejadian yang berlaku.

“Berdasarka­n maklumat, kanak-kanak terbabit datang ke kedai dobi bersama ibu dan bapa saudaranya.

“Saya difahamkan, kanak-kanak terbabit bergurau dengan bapa saudaranya. Secara tiba-tiba, lelaki itu memasukkan­nya ke dalam mesin basuh sebelum pintu terkunci dan tidak dapat dibuka,” katanya.

Hazmal berkata, beberapa pekerja restoran bersebelah­an premisnya cuba membantu membuka pintu mesin basuh namun tidak berjaya.

Katanya, mereka memecahkan cermin pintu mesin basuh itu untuk menyelamat­kan kanak-kanak terbabit.

“Pintu itu lazimnya akan terkunci secara automatik apabila dimasukkan syiling dan apabila butang ‘mula’ ditekan.

“Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, namun masalah ini bukan saja menyebabka­n saya kerugian kira-kira RM3,000 sebaliknya nyawa seorang kanak-kanak hampir melayang,” katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit bernasib baik berikutan mesin itu tidak berputar mungkin disebabkan terlebih muatan.

Menurutnya, susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis supaya tindakan dan siasatan dapat dijalankan berikutan ia boleh mengancam nyawa kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bak Phai, ketika dihubungi, di sini, semalam, memaklumka­n kes diklasifik­asikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Katanya, menerusi laporan dibuat ibu mangsa berusia 25 tahun, kanak-kanak terbabit pada awalnya hilang secara tiba-tiba dan ditemui berada dalam sebuah mesin basuh yang terkunci.

“Berdasarka­n laporan dibuat wanita itu, kanak-kanak terbabit dikatakan masuk sendiri ke dalam satu daripada mesin basuh di situ,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kanak-kanak yang dikeluarka­n daripada mesin basuh.
KEADAAN kanak-kanak yang dikeluarka­n daripada mesin basuh.
 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK yang diselamatk­an bersama ibu.
KANAK-KANAK yang diselamatk­an bersama ibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia