Harian Metro

S.O.S ! ! !

Mangsa gempa kelaparan hanya bertahan dengan minum air 4 hari

- Kuala Lumpur Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Mereka hanya bertahan hidup dengan minum air saja sejak gempa bumi Jumaat lalu dan tidur atas jalan berbumbung­kan langit dalam keadaan gelap kerana tiada elektrik. Mangsa di Daerah Sigi, Sulawesi Tengah menangis ketika dihubungi kerana sudah ada yang mati kelaparan selain bau mayat dan bangkai haiwan menyelubun­gi kampung.

Hanya air penyambung nyawa manakala jalan pula dijadikan tempat tidur bagi merehatkan diri pada waktu malam. Itu keperitan yang dilalui Arif, 20, yang berlindung di sebuah perkampung­an di Petobo, daerah Sigi, Sulawesi Tengah, Indonesia yang masih bertahan menunggu bantuan tiba.

Wartawan dapat menghubung­inya, tetapi belum sempat bertanyaka­n nama penuh dia menangis menceritak­an keperitan hidup selepas gempa bumi melanda kampung berkenaan sebelum talian terus terputus.

Arif berkata, sejak bencana berlaku Jumaat lalu dia hanya bertahan dengan minum air kerana ketiadaan bekalan makanan.

“Alhamdulil­lah saya masih hidup. Namun, sejak empat hari lalu saya belum menjamah sebarang makanan cuma minum air saja.

“Tiada kedai yang dibuka. Sudah ada mangsa yang mati kelaparan dan udara di pantai sudah mula berbau busuk mayat manusia dan bangkai binatang,” katanya.

Arif berharap dapat bertahan menunggu ketibaan bantuan satu-satunya hanya melalui tentera berikutan akses ke kawasan berkenaan agak sukar.

“Saya tidur di pinggir jalan hanya ditemani cahaya lampu kereta kerana keadaan di sini gelap-gelita.

“Kasihan mangsa di atas pergununga­n kerana kawasan ini tidak boleh diakses masuk orang luar.

“Ribuan orang, satu kampung hilang ditenggela­mi lumpur. Ada yang tertimbus lima meter ke dalam tanah dan belum dikeluarka­n,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Aira, 25, yang dihubungi dari sini juga memberitah­u mereka masih berlindung di hadapan sebuah pejabat di Siranindi, Palu Selatan juga belum menjamah sebarang makanan sejak tiga hari lalu.

“Semua bantuan hanya disalurkan ke pusat bandar sedangkan kami tidak dibantu sejak awal bencana berlaku.

“Buat masa ini kami hanya mampu berteduh di sini dan basah kuyup apabila hujan,” katanya.

Katanya, mereka tidak dapat

bergerak ke mana-mana kerana ketiadaan pengangkut­an dan bahan bakar.

“Selalu ada gegaran susulan. Kami tidak perlukan pemindahan wang kerana sebahagian besar mesin ATM hancur dan yang boleh digunakan pun lokasinya terlalu jauh dari tempat kami.

“Tolonglah...kami perlukan makanan, air bersih dan khemah perlindung­an untuk meneruskan hidup,” katanya.

Usaha Harian Metro menghubung­i beberapa mangsa di lokasi kejadian gagal apabila rata-rata mereka enggan menyambut panggilan berikutan mahu menjimatka­n bateri telefon disebabkan bekalan elektrik yang terhad. Putrajaya: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menghantar 15 sukarelawa­n ke Sulawesi, Indonesia susulan tsunami yang melanda negara terbabit.

Ketua Misi Dr Ahmad

Sani Araby Al-Kahery berkata, MAPIM adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang akan menghulurk­an bantuan air bersih kepada mangsa bencana berkenaan.

Beliau berkata, kumpulan pertama di bawah MAPIM itu akan membuat pemerhatia­n dan kondisi bantuan apa yang diperlukan oleh mangsa.

“Buat masa ini, sukarelawa­n berkenaan bertindak untuk menggali perigi bagi mendapatka­n punca air bersih untuk disalurkan kepada penduduk setempat.

“Situasi di sana, dalam keadaan yang sangat runsing kerana mangsa

 ??  ??
 ?? Arif ?? Tiada kedai yang dibuka. Sudah ada mangsa yang mati kelaparan dan udara di pantai sudah mula berbau busuk mayat manusia dan bangkai binatang”
Arif Tiada kedai yang dibuka. Sudah ada mangsa yang mati kelaparan dan udara di pantai sudah mula berbau busuk mayat manusia dan bangkai binatang”
 ??  ?? TENTERA Indonesia menanam mayat mangsa gempa di kubur besar di Poboya di Sulawesi Tengah, Indonesia.
TENTERA Indonesia menanam mayat mangsa gempa di kubur besar di Poboya di Sulawesi Tengah, Indonesia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia