Harian Metro

Suami diserang angin ahmar ketika hantar barang

-

Kuala Terengganu: “Saya tak kenal sesiapa di sini sebab itu terpaksa tidur dalam kereta adik ipar saja untuk dua hari bagi memudahkan menjaga suami yang kena angin ahmar,” kata Normala Sukaimi, 38.

Normala yang berasal dari Muar dan menetap di Puchong, Selangor berkata, dia terpaksa bergegas dan mengambil cuti tanpa gaji apabila mendapat tahu suaminya, Mohd Fadzly Mooh Noor, 38, yang bekerja sebagai pemandu lori diserang angin ahmar ketika menghantar barang di Terengganu minggu lalu.

“Suami kena (angin ahmar) minggu lalu pada Isnin ketika dia baru lepas hantar barang di sebuah restoran francais di bandar raya ini.

“Mujur pekerja di restoran ini memang mengenalin­ya dan tolong hantar ke hospital ini bila nampak dia sakit.

“Pihak hospital kemudian menghubung­i saya memaklumka­n suami kena angin ahmar dan tanpa berlengah saya terus datang ke sini bersama adik ipar dan dua anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Menurut Normala, berikutan tidak mempunyai tempat tinggal dan saudara atau kenalan di negeri itu, dia mengambil keputusan tidur dalam kereta untuk

dua hari pertama.

“Adik ipar kemudian terpaksa balik dan tiga anak pula saya tinggalkan di rumah kakak dan adik di Muar. Mujur ada kawan kepada kawan yang sudi menumpangk­an saya di rumah sewanya sehingga kelmarin.

“Saya kemudian dapat menyewa sebuah inap desa di Kampung Rhu Renggeh, Marang dan berulang-alik setiap hari ke sini mulai pagi hingga lewat petang,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu sampai bila suaminya ditahan di hospital dan berharap ada yang sudi menghulurk­an bantuan kewangan.

“Buat masa ini, masih ada lagi duit belanja, tetapi tidak tahu untuk berapa lama. Jika ada yang sudi menghulurk­an bantuan boleh hubungi saya di talian 012-2296118 atau deposit ke akaun Public Bank 4601 737 831,” katanya.

 ??  ?? NORMALA mengusap kepala Mohd Fadzly yang dirawat di
HSNZ.
NORMALA mengusap kepala Mohd Fadzly yang dirawat di HSNZ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia