Harian Metro

Tangki petrol bergolek

„ Muatan treler terlepas ikatan hentam dua kedai

- Noor Hidayah Tanzizi cnews@nstp.com.my

Sebuah tangki simpanan petrol bawah tanah yang dibawa treler jatuh dan tergolek menghentam dua kedai selepas rantai ikatannya terputus di Jalan Besar, berdekatan Balai Polis Pantai Remis dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, tangki berisi 50 liter petrol itu bergolek sejauh 18 meter sebelum merempuh hadapan premis berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian treler berkenaan dipandu lelaki berusia 50-an dalam perjalanan dari Batu 4 Segari untuk menghantar tangki itu kepada pembeli di Alor Star, Kedah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohamad Sururi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu jam 1.12 tengah hari sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

“Treler berkenaan membawa dua tangki simpanan petrol bawah tanah untuk dihantar kepada pembeli, namun hanya satu tangki saja yang jatuh, manakala satu lagi berada di atas kenderaan itu.

“Pemandu yang menyedari perkara itu terus memberhent­ikan kenderaan dan ketika kejadian tiada orang awam serta kenderaan yang parkir di kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un, kejadian di hadapan dua premis berkenaan mengejutka­n dua wanita berusia 50-an yang berada di dalam kedai tetapi tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, bahagian hadapan premis berkenaan mengalami kerosakan 10 peratus.

 ??  ?? TANGKI simpanan petrol bawah tanah jatuh tergolek menghentam dua kedai di Jalan Besar berdekatan Balai Polis Pantai Remis, semalam.
TANGKI simpanan petrol bawah tanah jatuh tergolek menghentam dua kedai di Jalan Besar berdekatan Balai Polis Pantai Remis, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia