Harian Metro

Dendang nasi berlauk

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

„ Gaya santai warga emas cuit hati pengunjung Pasar Melor

Gaya santai seorang warga emas yang menjual nasi berlauk sambil menyanyi di Pasar Melor mencuit hati pengunjung.

Mat Zain Hamat, 71, yang berasal dari Kampung Gajah Mati, Mahligai, Melor, lebih 50 tahun berniaga bermula di pasar lama Melor pada 1960-an.

Katanya, hobi menyanyi lagu patriotik ketika berniaga secara spontan dan kebanyakan pembeli terhibur sambil menunggu nasi mereka siap dibungkus.

“Antara lagu kegemaran pak cik ialah Bahtera Merdeka yang dipopulark­an Aishah serta Ayah dan Ibu yang dinyanyika­n Allahyarha­m Sudirman.

“Saya tidak menyangka telatah ini mampu mencuri perhatian pengunjung terutama pada Isnin dan Jumaat kerana pasar tani diadakan di kawasan Pasar Melor,” katanya ketika ditemui di Pasar Melor di sini, semalam.

Datuk kepada 13 cucu dan seorang cicit itu berkata, setiap hari dia bangun seawal jam 5 pagi untuk memasak dan menyiapkan 15 jenis lauk dibantu isteri, Hasnah Idris, 69.

“Saya berniaga di pasar ini enam hari seminggu bermula jam 9 pagi hingga jam 6.30 petang. Purata pendapatan harian sekitar RM50 sehari.

“Walaupun kelima-lima anak sudah besar dan bekerja, namun demi memenuhi permintaan pelanggan, saya datang ke pasar untuk berniaga nasi berlauk,” katanya.

Katanya, dengan usia yang semakin tua, dia bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki.

“Saya sudah terbiasa dengan pekerjaan ini sejak dari muda lagi dan biasanya kalau cuti kerana demam atau sakit urat,” katanya.

 ?? Mat Zain Hamat ?? Antara lagu kegemaran pak cik ialah Bahtera Merdeka yang dipopulark­an Aishah serta Ayah dan
Ibu yang dinyanyika­n Allahyarha­m Sudirman” MAT Zain menjual sambil menyanyi lagu patriotik di kedainya di Pasar Melor.
Mat Zain Hamat Antara lagu kegemaran pak cik ialah Bahtera Merdeka yang dipopulark­an Aishah serta Ayah dan Ibu yang dinyanyika­n Allahyarha­m Sudirman” MAT Zain menjual sambil menyanyi lagu patriotik di kedainya di Pasar Melor.
 ??  ?? MAT Zain dan dibantu isterinya, Hasnah (kiri) melayan pelanggan.
MAT Zain dan dibantu isterinya, Hasnah (kiri) melayan pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia