Harian Metro

Dakwa Najib tawar RM3.5j

- BERNAMA

Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais mengaku di Mahkamah Tinggi di sini, semalam dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

S Ravi Chandaran, 47, turut mengaku bahawa tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara kepadanya dan selain tawaran berkenaan, dia turut menerima tawaran daripada adik Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais untuk membuat pengakuan sama.

Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata demikian ketika pemeriksaa­n balas peguam Datuk N Sivanantha­n yang mewakili pakar patologi tentera, Dr R Kunaseegar­an, pada prosiding membela diri hari ke-24.

Sivanantha­n: Kamu katakan Dr Kunaseegar­an tawar wang RM1.5 juta untuk kamu mengaku salah. Ini dibuat pada 29 Dis, 2017.

Ravi Chandaran: Benar Sivanantha­n: Kamu juga ada buat satu laporan polis bahawa pada 26 Jan 2018, Richard Morais tawarkan RM2 juta untuk kamu mengaku salah.

Ravi Chandaran: Ya, benar. Sivanantha­n: Dalam laporan yang sama, pada Februari 2018, kamu kata ada pegawai penjara yang menawarkan kamu RM3.5 juta untuk mengaku salah bagi pihak Najib Tun Razak.

Ravi Chandaran: Ya, benar. Ravi Chandaran turut bersetuju dengan cadangan Sivanantha­n bahawa keseluruha­n wang yang ditawarkan oleh individu-individu terbabit kepadanya untuk mengaku bersalah dalam kes itu adalah berjumlah RM7 juta.

Kepada cadangan Sivanantha­n bahawa tertuduh mereka cerita berhubung tawaran wang itu sehingga ia kelihatan tidak masuk akal, Ravi Chandaran berkata dia tidak bersetuju.

Tertuduh turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tidak ada sebab untuk semua individu itu menawarkan wang kepadanya.

Ditanya Sivanantha­n adakah Dr Kunaseegar­an mengarahka­nnya untuk membunuh Kevin Morais, tertuduh berkata “tidak”.

Dia juga menjawab “tidak” kepada soalan Sivanantha­n mengenai adakah Dr Kunaseegar­an mengarahka­nnya melakukan sesuatu seperti menculik Kevin Morais.

Pada prosiding sebelum ini, Ravi Chandaran mendakwa Dr Kunaseegar­an menawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

R Dinishwara­n, A K Thinesh Kumar, M Vishwanath, S Nimalan, Ravi Chandaran dan Dr Kunaseegar­an, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No 1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

„ Tertuduh ketujuh diminta mengaku bersalah bunuh Kevin Morais

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia