Harian Metro

Abai mesej palsu gempa lebih besar

-

Jakarta: Ketika penduduk di Palu masih bergelut untuk meneruskan hidup selepas dilanda gempa bumi dan tsunami, ada pihak tidak bertanggun­gjawab menyebarka­n berita palsu akan berlaku gempa bumi lebih kuat menyebabka­n orang ramai panik.

Detik.com melaporkan, berita itu timbul susulan satu mesej palsu yang tertulis “Tolong hubungi Mama Mea dan lain-lain di Palu. Palu kini siap siaga tahap 1. Baru sahaja rakanku di jabatan kaji cuaca memeriksa alat pengesan gempa di laut mengesan gempa lebih kuat, berkekuata­n 8.1 ke atas dan berpotensi menyebabka­n tsunami lebih besar,”.

Bagaimanap­un, Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan di Twitter, memberitah­u berita itu palsu dan meminta orang ramai mengabaika­n mesej berkenaan.

“Ancaman gempa dan tsunami yang tersebar di Palu dan daerah lain adalah palsu. Berita ini membuat orang ramai panik.

“Saya meminta orang ramai yang menerima mesej supaya mengabaika­nnya dan tidak disebarkan kerana ia palsu.

“Tidak ada satupun negara di dunia atau alat yang mampu meramalkan gempa bumi sebelum ia berlaku,” katanya.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) dilaporkan mengarahka­n polis menangkap sesiapa yang menyebarka­n berita palsu berkaitan gempa bumi di Palu.

“Presiden turut mengarahka­n polis untuk menangkap sesiapa yang menyebarka­n sesuatu meresahkan masyarakat,” kata Menteri Politik, Undang-Undang dan Keamanan, Wiranto. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia