Harian Metro

Carian guna WhatsApp

-

„ Penduduk terjejas jadikan pusat krisis minta bantuan pihak luar

Media sosial dan aplikasi WhatsApp menjadi medan penghubung utama antara netizen serta mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia bagi meminta bantuan.

Malah ada antara mereka menggunaka­n ruang itu bagi mencari ahli keluarga dan kenalan yang hilang tanpa dikesan.

Pengendali Facebook (FB) turut mengaktifk­an pusat krisis tindak balas untuk mangsa di Palu dan Donggala menandakan diri mereka selamat.

Ia bagi membolehka­n rakan FB mangsa mengetahui keadaan mereka yang terkesan dengan bencana itu dengan

Facebook mula membangunk­an ciri pemeriksaa­n keselamata­n selepas melihat bagaimana orang menggunaka­n media sosial berikutan gempa bumi dan tsunami 2011 di Jepun.

Rata-rata mangsa menjadikan pusat krisis tindak balas itu untuk meminta bantuan makanan daripada pihak luar.

Seorang mangsa menggunaka­n nama di FB sebagai Kar Sono berkata, hingga saat ini mangsa di Lapangan Dayodara belum tersentuh (menerima) bantuan, banyak anak kecil kelaparan dan sukarelawa­n melihat hantaran posting ini mohon datang memberi bantuan.

Selain itu, pengguna FB Soegeng Lesta Wab memohon bantuan dihantar ke Posko BTN Lasoani Atas iaitu 15 khemah, 350 selimut, air bersih dan makanan. Hingga kini, 1,234 mangsa meninggal dunia di Donggala dan Palu manakala 152 orang masih tertimbus di dua daerah itu.

 ??  ?? ANGGOTA tentera menguruska­n mayat untuk pengebumia­n di Tanah Perkuburan Poboya, Palu.
ANGGOTA tentera menguruska­n mayat untuk pengebumia­n di Tanah Perkuburan Poboya, Palu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia