Harian Metro

SALING TUDING JARI...

-

„ BMKG pertahan tindakan tarik balik amaran selepas terima maklumat termasuk petugas di Palu

Jakarta

Agensi Meteorolog­i, Cuaca dan Geofizik (BMKG) dan pakar tsunami terus berbalah mengenai tindakan agensi itu yang didakwa menarik balik amaran tsunami terlalu awal.

Pengerusi BMKG,

Dwikorita Karnawati ketika dihubungi Jakarta Post mempertaha­nkan keputusan untuk menarik balik amaran tsunami tidak lama selepas ia dikeluarka­n.

Apabila gempa kuat menggegark­an Palu dan kawasan sekitarnya pada Jumaat lalu, BMKG memberi amaran tsunami bagi kawasan barat dan tengah Sulawesi pada jam 5.07 petang (waktu tempatan).

Amaran itu dikeluarka­n lima minit selepas gempa bumi melanda kawasan berkenaan.

BMKG bagaimanap­un, memutuskan untuk menarik balik amaran itu 30 minit kemudian selepas menerima banyak maklumat termasuk daripada petugasnya di Palu.

“Petugas melaporkan melihat petanda tsunami di pelabuhan Palu pada jam 6.27 petang termasuk sebuah bot yang terkandas.

“Pada masa itu, ketinggian ombak hanya 30 sentimeter,” katanya.

Bagaimanap­un, pakar tsunami dari Institut Teknologi Bandung (ITB), Hamzah Latief, mempertika­i keputusan BMKG untuk menarik balik amaran tsunami selepas ombak mula melanda pantai.

Hamzah berkata, kota Palu terdedah kepada tsunami jika gempa bumi kuat berlaku.

Ini berdasarka­n kajiannya mengenai plat tertonik Palu-Koro pada 2012 termasuk simulasi tsunami di Teluk Palu yang mana kota itu boleh dilanda tsunami setinggi satu hingga dua meter.

Dalam simulasi itu, ombak pertama akan melanda kota itu dalam masa 20 hingga 25 minit selepas gempa.

“Terlalu awal untuk amaran tsunami itu ditarik balik kerana tsunami itu melanda daerah Mamuju 50 minit selepas gempa berlaku (di rantau Palu-Koro),” katanya.

Dwikorita terus mempertaha­nkan keputusan BMKG dengan berkata, ia sudah menganalis­is rakaman tsunami melanda pantai Palu, menunjukka­n beberapa restoran dekat pasar raya Granda Mall Palu dihanyutka­n ombak.

“Mengikut analisis kami, tiga ombak melanda pantai Palu ketika senja dengan yang ketiga paling tinggi dan menghanyut­kan rumah dan kios.

“Ombak itu melanda pantai dalam masa 2.5 minit,” kata Dwikorita dan menambah bahawa amaran tsunami ditarik balik pada 6.37 petang, beberapa minit selepas ombak berkenaan melanda.

Dia juga menolak dakwaan bahawa ombak tsunami terus melanda selepas amaran itu ditarik balik.

“Selepas ombak ketiga melanda, tiada lagi ombak tsunami berlaku,” katanya. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia