Harian Metro

Tiga sebab beri kesan kemusnahan besar

-

Palu: Keadaan struktur tanah poros dan teluk yang panjang serta sempit antara faktor yang menyebabka­n bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Jumaat lalu memberi kesan kemusnahan yang besar.

Struktur tanah poros kerana mengandung­i banyak pasir menyebabka­n ia mudah menjadi lumpur apabila bercampur dengan air sekali gus menyebabka­n strukturny­a lemah.

Gegaran yang kuat seperti gempa 7.5 magnitud yang melanda Palu turut menyebabka­n butiran tanah menjadi padat dan meningkatk­an tekanan air bawah tanah sekali gus menjadi tidak stabil dan boleh tenggelam secara tidak sekata.

Keadaan itu menyebabka­n tanah hilang keupayaan menyokong struktur dibina di atas atau di dalamnya mengakibat­kan ribuan rumah rumah, bangunan dan jambatan runtuh.

Tanah yang tidak stabil, berair boleh mengalir seperti lumpur. Malah, tanah cerun yang tidak begitu curam boleh runtuh dan menggelong­sor.

Beberapa video yang disebarkan menunjukka­n bangunan termasuk rumah yang bergerak akibat tanah menjadi cair dan mengalir seperti banjir lumpur.

Sementara itu, saintis memberitah­u, keadaan teluk yang panjang dan sempit menyebabka­n tsunami yang melanda Palu amat besar berbanding gempa yang mencetuska­nnya. “Ombak yang melanda sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter tinggi serta kemungkina­n dua kali ganda besarnya,” kata seorang felo penyelidik di Fakulti Sains dan Kejurutera­an Universiti Curtin, di Bentley, Barat Australia, Jane Cunneen.

Cunneen yang mencipta sistem amaran tsunami di Lautan Hindi berkata, berdasarka­n kekuatan gempa berkenaan, ombak tsunami tidak sepatutnya sebegitu besar.

Pakar memberitah­u AFP, sekurang-kurangnya tiga faktor yang menyebabka­n situasi itu dan yang pertama adalah teluk yang membentuk terusan panjang di penghujung bandar Palu yang terletak di kawasan tanah rendah.

“Bentuk teluk berkenaan sudah pasti memainkan peranan utama dalam menaikkan saiz gelombang. Teluk berkenaan bertindak sebagai corong di mana ombak tsunami melaluinya,” kata pakar gempa di Institut Sains Bumi Grenoble, Anne Socquet, yang mengkaji garis gelinciran seismik rantau itu.

Faktor kedua ialah saiz dan lokasi gempa. Gempa kuat magnitud 7.5 tidak banyak direkodkan setiap tahun di kawasan itu.

Faktor akhir, bukti keadaan menunjukka­n tsunami diperbesar­kan dengan keadaan bawah air yang bersamaan satu kejadian tanah runtuh.

“Gempa bumi mungkin mencetuska­n satu tanah runtuh dasar laut berhampira­n mulut teluk, atau malah dalam kawasan teluk itu sendiri,” kata Cunneen. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia