Harian Metro

Ajal selepas laung azan

-

Seorang penuntut Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Palu, Sulawesi Tengah sempat menunaikan tanggungja­wab terakhirny­a melaungkan azan Maghrib sebelum meninggal dunia ditimpa runtuhan masjid akibat gempa bumi di Palu, Jumaat lalu.

Agil Abil yang berusia 20-an seorang penuntut Sarjana Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan IAIN Palu disahkan meninggal dunia selepas tertimbus runtuhan masjid.

Rakannya yang dikenali sebagai Ronal El Rasyid ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp berkata, rakannya diamanahka­n menjadi bilal di Masjid Agung Darusassal­am, Palu sejak 2016 dan mahu menyudahka­n tanggungja­wabnya melaungkan azan terlebih dulu walaupun jemaah masjid sudah melarikan diri.

“Ketika gempa berlaku, sahabat saya memilih tidak mahu menghentik­an azan sebelum selesai dan bukannya berlari keluar masjid untuk menyelamat­kan diri.

“Manakala jemaah masjid lain sudah lari menyelamat­kan diri keluar. Selesai azan, Agil ingin keluar namun ditimpa runtuhan masjid,” katanya.

Menurutnya, dia yang juga sukarelawa­n Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) berkata, dia tidak sangka kisah yang dikongsiny­a di Facebook menjadi tular hingga ke Malaysia.

“Semoga kematian rakan saya menjadi ikutan buat rakan di Malaysia. Rakan saya memilih tinggal untuk menyelesai­kan tugasnya meskipun jemaah masjid sudah berlari meninggalk­an tempat ibadat.

„ Penuntut IAIN meninggal dunia ditimpa runtuhan masjid

“Saat azan selesai berkumanda­ng, Allah menjemputn­ya pulang, selamat jalan teman seperjuang­an kami,” katanya.

 ?? FOTO: ATHIT PERAWONGME­THA ?? ANGGOTA tentera membantu ketika pengebumia­n mangsa gempa bumi dan tsunami di Tanah Perkuburan
Poboya di Palu.
KEADAAN jalan yang rosak teruk selepas kejadian gempa bumi di Palu.
FOTO: ATHIT PERAWONGME­THA ANGGOTA tentera membantu ketika pengebumia­n mangsa gempa bumi dan tsunami di Tanah Perkuburan Poboya di Palu. KEADAAN jalan yang rosak teruk selepas kejadian gempa bumi di Palu.
 ??  ?? AGIL
AGIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia