Harian Metro

Ucapan manis Mawar RM20

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Selepas Janna Nick, kini giliran pelakon Mawar Rashid pula mengenakan bayaran video ucapan buat peminat di Instagram Story.

Berbanding Janna yang mengenakan bayaran

RM50, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul

Rashid, 23, menetapkan bayaran lebih rendah iaitu RM20.

“Saya mulakan perkhidmat­an ucapan berbayar ini sejak empat hari lalu. Alhamdulil­lah, ramai pengikut dan peminat sudi membayar untuk ucapan di Instagram Story saya,” katanya kepada Harian Metro.

Mawar mengakui ada menerima komen negatif daripada netizen, tetapi memilih untuk tidak ambil pusing.

“Setiap orang ada pendapat tersendiri. Bukan semua komen negatif, ada juga yang sokong apa saya lakukan asalkan tidak menjadi satu kesalahan,” katanya.

Mawar bagaimanap­un mengehadka­n hanya akan membuat 10 video ucapan dalam sehari.

“Bila sudah jadi komitmen, saya kena buat betul-betul. Dalam sehari, saya hanya akan memuat naik 10 video ucapan saja.

“Selain menjana pendapatan, saya menyokong kawan baik saya, Janna dan ini antara cara kami menghargai peminat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mawar kini hamil 16 minggu dan memilih berehat seketika daripada terbabit aktiviti

seni. Kuala Lumpur: Simpati dengan nasib lebih 350,000 penduduk Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia yang berdepan bencana gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu, penyanyi Afgan bakal mengadakan konsert amal bagi membantu mangsa.

Bakal bekerjasam­a dengan 99 penyanyi terkenal Indonesia, konsert yang bertujuan mengumpul dana itu akan berlangsun­g di Jakarta, Jumaat ini.

“Saya sedih melihat bencana yang berlaku di Palu. Tidak dinafikan kadang-kadang Allah memberikan teguran dengan pelbagai cara.

“Bagi meringanka­n beban mangsa, saya dan rakan-rakan artis akan mengadakan konsert amal bagi mengumpul dana sebanyak mungkin,” katanya.

Penyanyi popular Indonesia itu tidak ketinggala­n berkongsi pengalaman cemas gempa bumi di Lombok pada 29 Julai lalu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 29, berkata, ketika itu dia yang

„ Pelakon ikut jejak Janna Nick ambil upah sampai video mesej untuk peminat

Kuala Lumpur: Keadaan penyanyi popular Saleem yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur semakin positif apabila sudah sedar dan mampu bercakap.

Dia yang mengalami kemalangan pada 20 September lalu sudah dipindahka­n ke wad biasa PPUKM, kelmarin.

Isterinya, Juriah@ Julia Bachok berkata, Saleem yang sebelum ini hanya mampu menggerakk­an kaki dan membuka mata sudah mula bercakap serta bangun dari katil.

“Alhamdulil­lah, suami saya sudah sedar dua hari lalu dan perkembang­an ini sangat menggembir­akan kami. Doktor putuskan untuk tidak melakukan pembedahan kerana bimbang keadaannya bertambah teruk.

“Mereka hanya akan beri dia minum susu untuk memulihkan tulangnya. Hanya bahagian kanan paru-paru ditebuk sebelum ini bagi mengeluark­an darah beku,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, doktor juga belum memutuskan tarikh sesuai untuk membenarka­n Saleem pulang ke rumah kerana banyak lagi proses perlu dilalui.

“Tidak tahu lagi bila

 ??  ?? MAWAR
MAWAR
 ??  ?? SALEEM sudah dipindahka­n ke wad biasa PPUKM,
kelmarin.
SALEEM sudah dipindahka­n ke wad biasa PPUKM, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia