Harian Metro

Gelagat ‘pomen’ cilik

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

„ Video budak 8 tahun kendali peralatan tukar tayar kenderaan berat tarik perhatian netizen

Kuala Terengganu: Sebelum ini dia pernah dikritik kerana solekan dan tatarias pada wajah pelanggan dikatakan tidak cantik.

Puteri Nur Ajeerah Farhah Tengah, 23, sabar menerima kritikan itu dan terus berusaha menambah baik kemahirann­ya sehingga kini menjadi rujukan dunia.

Video tutorial jurusolek itu menerangka­n kaedah solekan Barbie Doll berdurasi 3.48 minit ditonton seluruh dunia, malah tular sejak Julai 2017 selepas dimuat naik di Facebook (FB).

Katanya, video itu ditonton 16.4 juta pelayar FB dan dikongsi sebanyak 51,800 kali selain menerima 94,300 tanda suka dan 7,200 reaksi netizen.

“Saya memang tidak

Usianya baru lapan tahun namun seorang murid tahun dua sudah pandai mengendali­kan peralatan untuk menukar tayar kenderaan berat dengan hanya melihat ayahnya berbuat demikian.

Mohd Arif Arian Nor Azli mempunyai minat berbeza dengan kanak-kanak seusianya apabila lebih berminat untuk ‘bermain’ bersama jentera berat seperti lori dan treler apabila berkelapan­gan.

Malah kebolehan membantu ayahnya, Nor Azli Keriye, 45, yang bekerja sebagai mekanik kenderaan berat menukar tayar treler di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berhampira­n Saujana Putra, di sini, tular di media sosial hingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Nor Azli yang berasal dari Pandamaran, Klang berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu sering mengikutny­a membaiki atau menarik kenderaan berat yang mengalami kerosakan di jalan raya.

“Apabila ada pemandu lori atau treler menghubung­i saya untuk membaiki atau menarik kenderaan mereka, pasti Mohd Arif Arian akan bertanya seterusnya mahu mengikut ke lokasi berkenaan.

“Saya tidak pernah memaksa dia untuk ikut atau mengajarny­a namun kerana minat, dia hanya memerhati sebelum cuba meniru saya membaiki kenderaan berat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nor Azli berkata, dia sentiasa pastikan keselamata­n anaknya terutama tidak membenarka­n dia mengendali­kan peralatan yang berat atau bermain di lebuh raya.

“Jika diikutkan sebenarnya video yang viral itu bukan dia menukar tayar treler sebaliknya cuma membantu

membuka skru sub tayar dan selebihnya saya lakukan.

“Ada perkara saya benarkan dia buat namun melihat kepada kemampuann­ya kerana dia masih kecil. Saya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku nanti,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari video anaknya tular selepas dimaklumka­n oleh saudara dan rakan namun tidak menyangka mendapat banyak perkongsia­n daripada netizen.

“Ada komen negatif daripada netizen yang mengatakan saya sengaja membiarkan anak melakukan perkara bahaya dengan menukar tayar treler namun hakikatnya dia hanya membuka skru sub tayar.

“Pada masa sama, Mohd Arif masih bersekolah, dia cuma membantu saya itu pada waktu cuti hujung minggu,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR tular Mohd Arif bantu ayahnya menukar tayar treler di lebuh raya KESAS berhampira­n Saujana Putra.
GAMBAR tular Mohd Arif bantu ayahnya menukar tayar treler di lebuh raya KESAS berhampira­n Saujana Putra.
 ??  ?? MOHD Arif sering mengikut ayahnya, Nor Azli membaiki kenderaan berat rosak di jalan raya.
MOHD Arif sering mengikut ayahnya, Nor Azli membaiki kenderaan berat rosak di jalan raya.
 ??  ?? MOHD Arif
bantu ayahnya pada waktu cuti hujung
minggu.
MOHD Arif bantu ayahnya pada waktu cuti hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia